Sunday, February 19, 2012

Jom Ke Sinar AuTo Mart, 30 Vespa Menanti Anda!!


SHAH ALAM - Sinar Automart akan mengadakan pameran pelbagai jenis Vespa, pada minggu ketiga karnival yang berlangsung di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini, Ahad ini. Lebih 30 Vespa daripada Komuniti Vespa akan dipamerkan dari 9 pagi hingga 2 petang.Penasihat Eksekutif Jualan dan Pemasaran Sinar Harian, Zulkhafle Jalil berkata, minggu ini, Sinar Automart memberikan kelainan dengan membawakan pameran Vespa sebagai daya tarikan kepada orang ramai.Menurutnya, Sinar Automart membawakan kelainan setiap minggu sebagai persembahan kepada pengunjung. 

Sebelum ini ia mempamerkan kereta antik dan teksi London.“Pada minggu ini, karnival diteruskan dengan jualan pelbagai jenis kenderaan baru dan terpakai.“Sinar Automart juga tawarkan percuma minyak pelincir Hyrax kepada lima pembeli pertama, sama ada kereta atau motosikal di karnival itu,” katanya.Sinar Automart yang bermula 5 Februari lalu, memberi peluang kepada syarikat dan orang persendirian mengiklankan kenderaan baru serta terpakai melalui konsep Iklan, Pamer dan Jual yang mendapat respons menggalakkan dalam kalangan pengunjung. Zulkhafle berkata, 100 individu pertama yang mengiklankan kenderaan mereka memperoleh tapak percuma untuk mempamerkan kenderaan.

Mereka yang berminat menyertainya boleh menghubungi Zulkhafle di 019-2195877; Azliza di 019-2297220 dan Azli di 019-7071474.

p/s Kata IBM : "Jom kita semua pergi. Pergi jangan tak pergi. Rugi nanti, apatah lagi kepada peminat-peminat Vespa. Difahamlan lebih 30 Vespa dipamirkan untuk anda semua. Jom cepat." 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...