Saturday, February 4, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


04 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PENGUMUMAN PILIHANRAYA UMUM DI SABAH DAN SARAWAK DISAMBUNG SEMULA
Pada hari ini dalam tahun 1970, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Pilihanraya Umum 1969 akan disambung semula setelah ditangguhkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Ekoran daripada penangguhan itu, bagi Sarawak 48 kawasan negeri dan 24 kawasan Parlimen belum dipertandingkan lagi, manakala bagi Sabah pula 6 kawasan Parlimen sahaja yang tidak dipertandingkan lagi. Apabila keputusan pilihanraya diumumkan pada Jun 1970, di negeri Sarawak tiada satu parti yang mendapat majoriti, Parti Bumiputera, SNAP dan SUPP masing-masing mendapat 12 kerusi manakala Pesaka 8 dan SCA 3. Akhirnya dengan bantuan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Parti Bumiputera dan SUPP telah bersetuju menubuhkan Kerajaan Campuran dengan Dato’ Haji Abdul Rahman Yaacob di pilih sebagai Ketua Menteri dan   Stephen Yong menjadi Timbalan. Di Sabah pula, Parti Perikatan  iaitu USNO dan SCA telah berjaya mendapat 10 kerusi Parlimen semasa pencalonan dan hanya tinggal 6 kerusi sahaja yang harus dipertandingkan dan yang menentang adalah calon-calon bebas sahaja. Apabila pilihanraya diumumkan Perikatan memenangi 6 kerusi Parlimen tersebut. Tun Mustapha sekali lagi dilantik Ketua Menteri Sabah. Dengan adanya pilihanraya ini proses penyuburan demokrasi berjalan dengan lancar di negara ini dan membawa kepada kesedaran tentang pentingnya penglibatan rakyat dalam parti-parti politik.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...