Tuesday, February 28, 2012

Pak Hitam Bekas Menteri Yang Tak Kenang Jasa!!!

Salam semua.
IBM tak faham politik sekarang ni. Hairan dan tanda tanya, kenapa kebanyakan ahli-ahli politik yang satu ketika dulu menjadi wakil rakyat dan juga memegang jawatan didalam kabinet, sama ada menteri penuh atau timbalan menteri, apabila mereka bersara atau kalah didalam pilihan raya (PRU), mereka buat 'u' turn dengan menyerang kerajaan pulak. Ini yang IBM tak faham. 

Semasa mereka menjawat atau memegang sesuatu jawatan di dalam kerajaan, segala kemudahan, baik dari peluang business dan juga kemewahan telah mereka kecapai, tapi, apabila mereka meninggalkan kerajaan, mereka memusuhi kerajaan pulak. Sedangkan mereka-mereka ini walaupun tidak lagi berada di dalam kerajaan, mereka dibayar pencen yang agak lumayan jugak.


IBM amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed, ahli Parlimen Bayan Baru mengkritik dan menyarankan agar Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Sheikh Fadzir memohon 'maaf' kepada pengundi di kawasan Parlimen Kulim Bandar-Baharu ekoran kenyataannya yang tidak berasas yang mengambarkan pengundi kawasan tersebut mudah untuk 'dibeli'. Tuduhan itu amat-amat serius dan kalau benar ianya berlaku, Abdul Kadir dicabar untuk tampil dengan bukti.

Semasa disebuah forum baru-baru ini, Abdul Kadir berucap. didalam ucapan itu, beliau mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu tektik yang dikenali sebagai 'bom'. Abdul Kadir juga mendakwa bahawa beliau juga sendiri mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Kalau betul kenyataan Abdul Kadir itu, menurut DS Zahrain, elok benarlah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu memandangkan ianya adalah pengakuan yang dibuat sendiri oleh Abdul Kadir. Apa hukumnya memberi dan menerima rasuah?. IBM pun setuju supaya SPRM memanggil Abdul Kadir dan menyiasat dakwaan itu kerana semasa itu, Abdul Kadir adalah wakil rakyat. Sudah semestinya beliau terlibat. IBM pun hairan, kenapa perkara ini didedahkan kerana ia telah berlaku semasa di PRU yang lepas. Kekalahan pemimpin UMNO pada PRU lalu, termasuklah di Kulim, bukan kerana duit, tapi kerana sikap pemimpin UMNO seperti Abdul Kadir sendiri yang sombong, ego dan tinggi diri.

Sepatutnya, Abdul Kadir berterima kasih kepada UMNO kerana sudah menikmati kemewahan dan kekayaan hasil penyertaannya dalam parti UMNO. IBM nak tanya Abdul Kadir, adakah beliau masih lagi menyokong UMNO atau berhasrat menyertai pembangkang ekorannya sejak kebelakang ini lantang mengkritik parti UMNO dan kerajaan?. Kalau ia, tolong berambus, keluar saja dari UMNO dan jangan jadi seperti 'duri dalam dagaing'. Apabila dah pencen tu, buatlah cara pencen dan wajarlah mendiamkan diri dan tidak perlu mengkritik tanpa asas sehingga boleh menjejaskan parti UMNO yang telah menyenangkan hidup beliau selama ini. Fikir-fikirkanlah.....

 Beli undi: Kadir wajar mohon maaf


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Malalya ni banyak mantan menteri Umno tapi kebanyakan mereka kenang jasa dan terima hakikat bila tak dilantik semula. Yg ini jenis penting diri kelas utama. Adalah yg dimintak tak dapat terus buat hal. Marahkan nyamok rumah nak dibakar.
    Wajar benar diani diketepikan dari memegang jawatan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tukang Komen,

    Betul tu. IBM setuju dgn pendapat sdr. Manteri menteri seko ni mementingkan diri sendiri. Mesti ada yg beliau x dpt, maka melenting dan bukak cerita lama. Apa punya manusia dia ni?. Biar SPRM siasat, biak dia kena, padan muka dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...