Friday, February 10, 2012

Isu Pasir Selangor. RPK, Dedah Jangan Tak Dedah. Suhaimi..Amiruddin Mana Mahu Lari??


WALAUPUN IBM tidak beberapa bekenan dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) ni, tapi pendedahan beliau mengenai isu 'Pasir Selangor' menunjukkan tidak ada ketelusan, penuh dengan 'corrupt' dan kepimpinan sebuah kerajaan yang semata-mata ingin membuncitkan perut mereka. IBM tidak nak mengulas lebih panjang lebar di dalam isu pasir ini, kerana beberapa blog telah pun 'memaparkan' kisah ini di blog masing-masing, seperti blog Papa Gomo dan beberapa lagi. Hanya tulisan IBM ini sekadar menyambung cerita yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.


Harap, apa yang telah didedahkan oleh RPK, dan..banyak lagi yang akan didedahkan oleh RPK, IBM harap pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin. Jangan ada 'double standard' yang mana sekiranya melibatkan orang-orang Umno/BN, perkara itu cepat-cepat di ambil tindakan. Maka, kepada rakyat Selangor kususnya, bukalah mata, bukalah minda dan gunakan lah pemikiran yang bijak dan nilaikan sendiri sejauh mana ketelusan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya PKR didalam menjalankan tugasan mereka sebagai wakil rakyat.

Inilah wajah kedua-kedua ADUN PKR yang memperolehi manafat aktiviti lombong pasir di Selangor. Seperti biasa, mereka nafikan. 

Isu pasir ini sudah cukup membuktikan betapa 'rakusnya' kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor ini yang dipimpin oleh si Khalid gagap. Mereka telah banyak memungkir janji dan melukai hati rakyat Selangor. Janji-janji mereka di PRU yang lepas adalah janji-janji kosong. Mari kita sama-sama 'selamatkan Selangor' dari lanun-lanun PR ni. Buat apa nak sokong depa lagi, mengabihkan beras je.... 

Maka, sudah wajarlah Pakatan Rakyat dan maklaun-maklaunnya di singkirkan dan tolak mereka di PRU ke-13 nanti. Kepada RKP, teruskan misi anda, dedah jangan tak dedah. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                             _____________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...