Tuesday, February 7, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH

07 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH DITUBUHKAN
REJIMEN 511 ASKAR WATANIAH DITUBUHKANTarikh Peristiwa : 07-02-1980
Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh negara dalam mengawal keselamatan negara daripada ancaman musuh.  Salah satu daripada cabang pertahanan ialah  melalui perkhidmatan askar wataniah. Pada hari ini 7 Februari 1980, Rejimen 511 Askar Wataniah telah ditubuhkan di Sarawak.  Penubuhan pasukan ini bagi menggantikan pasukan pertahanan tempatan Sarawak yang telah dibubarkan. Komander Pertama Rejimen 511 Askar Wataniah ini ialah Kol. Datuk Amar Hamid Bugo.  Rejimen 511 Askar Wataniah sekarang terdiri daripada 91 orang pegawai dan 1608 lain-lain pangkat. Sejak ditubuhkan Rejimen 511 `Askar Wataniah' telah merekrut, melatih dan mentadbir 10,523 anggota sukarela. Dengan penglibatan semua pihak dalam pertahanan, pelbagai isu dapat diselesaikan dan keamanan negara dapat dikawal dengan baik. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...