Tuesday, February 21, 2012

Anwar Tak Akan Saman 'SWJ' Kerana Dia Benar-Benar Penyokong Israel!!

TAK terjut pun bila DS Anwar buat kenyataan bahawa beliau tidak akan menyaman 'Street Wall Journal'. Biasalah, bila orang buat salah, dia tidak kan mengaku dan akan tetap mempertahankan kata-katanya, ibarat seperti 'menegak benang yang basah'. Sebaliknya menuduh dan menyunding jari kepada orang lain. Begitulah al-kesahnya si peliwat dan si pembohong no 1 negara, DS Anwar Ibrahim.


Didalam sidang akhbarnya pada pagi ini, beliau mengaku bahawa laporan yang dikeluarkan oleh WSJ adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan. Ini bermakna, sekali lagi Anwar berbohong tentang isu usaha melindungi keselamatan Israel. Malah, beliau menyalahkan pula akhbar tempatan yang kononnya memutar-belitkan kenyataan beliau di SWJ. 


Setelah didesak oleh banyak pihak dan Majlis Syura Ulama Pas supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel dan mencabar menyaman WSJ, beliau seperti biasa cuba berdolak-dalik dan akhirnya membuat keputusan untuk bertemu dengan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik disebuah Hotel dekat ibu kota pada pagi tadi.

Tapi, mengikut sumber, Anwar telah menerangkan pendirian beliau terhadap Israel kepada Tok Guru Nik Aziz. Pertemuan dua mata itu mengambil masa lebih kurang satu jam. Apabila ditanya oleh pemberita kepada Tok Guru akan pertemuan itu, Tok Guru mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu melayan pemberita-pemberita. Hanya Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melayan pemberita dan berkata, Tok Guru akan membuat kenyataan tentang isu tersebut pada hari Selasa depan. Kita tunggu.

Ini jelas, terdapat perbezaan pendapat di antara Anwar dan Tok Guru pada hari itu. Maknanya Anwar sekali berbohong apabila menyatakan bahawa Tok Guru telah menerima penjelasan dan memahami pendirian beliau menyokong Israel. Putar belit punya manusia. Diharap orang ramai khususnya rakyat jelata menolak Anwar di PRU ke-13 nanti. Adakah manusia ini yang nak dijadikan Perdana Menteri??...tepuk dada tanya selera. Sekian.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...