Wednesday, February 22, 2012

Debat Anwar-Najib Tak Perlu, Buang Masa!!

DEBAT, debat, debat. Tak habis dengan debat. Itu yang ketua pembangkang tahu. Apa manafaatnya bila debat itu diadakan?. Ramai berpendapat, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengatakan debat antara DS Anwar dan DS Najib tidak perlu diadakan, buang masa. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri.
Begitu juga pendapat oleh sesetengah ahli akedemi. Berikut kenyataan mereka :

[Sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering memutarbelitkan fakta merupakan faktor utama debat antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu diadakan. Walaupun para penganalisis politik menyifatkan debat merupakan landasan baik untuk rakyat mengenali pemimpin, namun ia bukan untuk pemimpin seperti Anwar. Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah menegaskan, Anwar terkenal sebagai individu yang hebat dalam memanipulasi keadaan.

''Saya sokong kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa debat ini membuang masa, lebih baik Perdana Menteri beri tumpuan terhadap usaha memperkukuhkan jentera Barisan Nasional terutama menjelang pilihan raya umum ini,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau percaya jika debat itu diadakan, Anwar akan cuba menutup kelemahan diri dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.

Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyebut perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini. Sementara itu, Profesor Politik dan Kerajaan Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, antara perkara yang perlu dielakkan ialah debat yang tidak matang menyebabkan ia 'hanyut' daripada fokus asal debat itu diadakan.

''Justeru saya fikir kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sesi debat itu kerana kemungkinan Anwar akan mengheret isu-isu yang tidak ada kena mengena dalam usaha memperkasakan bangsa dan negara,'' katanya. Beliau yakin jika debat itu diadakan, Najib sebagai Perdana Menteri tidak akan lari daripada fokus sebenar kerana beliau merupakan kerajaan yang melaksanakan dasar.

Dalam pada itu Pensyarah Sosial Sains, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Sivamurugan Pandian berkata, debat tidak sepatutnya menyeleweng daripada dasar dan isu utama serta tidak bersifat emosional. ''Justeru saya rasa adalah lebih baik debat antara pemimpin peringkat bawahan terlebih dahulu, kita lihat bagaimana situasi debat antara mereka, lepas itu baru kita buat keputusan sama ada perlu atau tidak debat antara pemimpin tertinggi ini diadakan,'' katanya.]

p/s :  IBM kata :"IBM sokong dengan saranan para penganalisis politik. Tak perlu debat itu diadakan. Ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya membuang masa. PM kita sangat sibuk. Lebih baik gunakan masa itu untuk hal-hal yang lebih penting seperti, turun padang, bertemu rakyat mendengar rungutan dan rintahan rakyat. Itu yang lebih penting. Bagi Anwar lebih baik kamu bersiap sedia kerana rakyat akan menghukum pakatan rakyat di PRU yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah tahu, orang kampong sudah tahu...mana nak selindung lagi wahai si al-juburi and the gangs."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...