Monday, February 20, 2012

Pas 'DAYUS' Jika Ikut Telunjuk Anwar..!!!


CERITA pasal 'dayus' ni bermacam-macam jenis dayus yang boleh kita perkatakan. Dalam sesebuah rumah tangga, kita bisa dengar perkataan dayus digunakan pasangan suami isteri bila bergaduh dan sebagainya. Begitu juga di dalam kontaks politik. Perkataan dayus ni pun boleh digunakan kerana ianya menyurus kepada kestabilan dan pengurusan sesebuah parti politik.

Perkara ini amat ketara. Parti Pas contohnya, merupakan sebuah parti Islam yang begitu lantang bersuara dan mengkritik kerajaan yang ada sekarang. Tapi, lantangnya mereka umpama seperti 'anjing menyalak bukit'. menyalaklah, tapi bukit tak akan runtuh. Dan, IBM berpandangan Pas akan terus dianggap dayus jika tidak beranai bersuara dan mengikut telunjuk Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin berani 'mengawal' parti Pas. Dengan erti kata lain, Pas telah masuk ke celah kangkang Anwar dan kini tidak berani bersuara kerana mereka memang dayus.

Hal ini, bukan IBM sahaja yang mengatakan Pas dayus, malah ramai pemimpin-pemimpin politik dan NGO, termasuk juga dikalangan ahli-ahli Pas sendiri mengatakan begitu. Pas seharusnya sedar bahawa parti mereka telah digunakan oleh Anwar untuk menjayakan impiannya dan Pas tidak akan dapat manafaat apa-apa jika Anwar menang. Pas memang cakap tak serupa bikin. Dulu Pas kata perjuangkan Islam...sekarang tidak lagi. Mereka ini sebenarnya memperjuangkan sekutu Israel iaitu Anwar dan termakan janji-janji kosong Anwar yang terkenal dengan janji-janji kosongnya, apatah lagi beliau terlalu pandai berkata-kata.

Sesiapa yang imannya tak kuat, akan cair mendengar janj-janji Anwar dan akan menurut apa saja yang Anwar suruh. Itulah kelebihan si pengkianat bangsa, agama dan tanah air. Diharap, ahli Pas akan sedar, jangan terus terpengaruh dengan janji kosong Anwar. Kerana Anwarlah Pas rosak. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...