Thursday, February 9, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Kemaraan Tentera Jepun Menggunakan Basikal

09 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

TENTERA JEPUN MENYEBERANG SELAT JOHOR
 
Pada hari ini dalam tahun 1942, tentera Jepun yang diketuai oleh General Tomoyuki Yamashita telah menyeberangi Selat Johor dalam  usahanya  menyerang  Singapura.   Sebelum menyeberangi Selat Johor, tentera Udara dan Pasukan meriam Jepun telah membedil sasaran-sasaran di Singapura untuk melemahkan pertahanan tentera Inggeris.  Kekuatan  tentera  Jepun telah berjaya mengundurkan tentera bersekutu  Inggeris,  India  dan  Australia. Setelah seluruh Tanah Melayu ditawan, tentera Jepun mara ke  Singapura walaupun tambak Johor telah dimusnahkan oleh tentera Inggeris.  Tentera Jepun telah menyeberangi Selat Johor melalui bahagian yang tersempit di Selat Johor iaitu di bahagian Barat Laut Pulau Singapura. Pantai itu dipenuhi dengan paya lumpur dan berhutan.  Ini memberikan  keuntungan  kepada  tentera  Jepun. Pertahanan  Inggeris  pula  tidak menduga tentera Jepun  akan  menggunakannya. Serangan udara Jepun berjaya  memusnahkan kubu-kubu Inggeris dan sistem bekalan air. Gudang yang membekalkan makanan kepada Inggeris di Bukit Timah  pula  berjaya dikuasai. Tentera Inggeris bertambah  lemah  dengan  kekurangan peluru dan minyak petrol. Akhirnya General Percival  bersama  tenteranya  terpaksa  menyerah  kalah dan  Singapura  jatuh  ke tangan  Jepun  pada  15  Februari, 1942.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...