Sunday, February 26, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 Pejabat Besar Pos Kuala Terengganu

26 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PEMBUKAAN RASMI PEJABAT POS BESAR KUALA TERENGGANU
Pada hari ini dalam tahun 1967, Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Mahmud ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Puan Muda Tengku Bariah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Turut serta di majlis perasmian ini ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Malaysia YBH Tan Sri V.T. Sambanthan dan Menteri Besar Terengganu YAB Tan Sri Ibrahim Fikri bin Muhammad. Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu telah dibina dengan barang-barang tempatan berharga lebih kurang $660,000. Bangunan ini telah direka bentuk oleh Syarikat T.Y. Lee & Sons, Kuala Lumpur dan Kontraktornya ialah Encik Kho Teck Meng.  Dalam ucapan semasa perasmian majlis ini Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom berkata bahawa Pejabat Pos Besar ini merupakan projek terakhir di bawah Rancangan Lima Tahun Yang Kedua. Semenjak Rancangan Lima Tahun dilancarkan, Kerajaan telah berjaya membina 6 buah Pejabat Pos baharu iaitu di Dungun, Marang, Jerteh, Besut, Kemaman dan akhir sekali Pejabat Pos Besar di Kuala Terengganu. Selain daripada itu, Kerajaan juga telah membuka 18 buah wakil pos baharu dan menubuhkan 2 pejabat pos berkereta sebagai tambahan. Sesungguhnya dengan pembukaan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu pada hari ini diharap akan memberi kemudahan kepada orang ramai di samping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pos di negeri Terengganu khususnya.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...