Saturday, February 9, 2013

Hasil 'Tarbiah' PASshit Keatas DAPigs Di Selangor, maka.....

MENGIMBAS KEMBALI HASIL TARBIAH PAS KEATAS DAP SETELAH PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR. HASILNYA?......BACALHA SENDIRI :

SEMUA hendak tahu apa hasil tarbiah pas ke atas dapig?? nampak sangat hasilnya dapig menjadi bongkak dan menampakan sifat sebenar anti Islam!!! Dari dulu,sekarang dan mendatang dapig adalah anti Muslim. Belum reda isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang sengaja dicipta oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, timbul pula pertikaian di kalangan exco kerajaan negeri berhubung larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak. Sekali lagi apabila berkaitan isu membabitkan orang Islam, Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu dari DAP menunjukkan belang sebenarnya.

Beliau tanpa berlengah bertindak mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan garis panduan yang selari dengan Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Enakmen itu sudah digubal lebih 14 tahun lalu. Larangan pada mulanya didedahkan oleh sebuah portal berita yang memetik Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid sebagai berkata, premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun atau ditarik balik lesen.

Dalam tempoh 24 jam, Ronnie dilaporkan mengesahkan pekeliling telah dikeluarkan kepada Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Md. Adnan Ikhsan untuk menarik balik syarat larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri. Sedangkan MPSJ mengeluarkan arahan larangan itu kerana ia selari dengan undang-undang yang termaktub dalam enakmen syariah. Ronnie dilaporkan berkata, larangan tersebut tidak praktikal selain kononnya beliau bimbang ada pekerja Islam hilang pekerjaan.

Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh Exco kanan, Teresa Kok yang baru sahaja menduduki jawatan Pengerusi DAP Selangor juga mahu larangan itu ditarik balik. ''Saya sudah bercakap kepada YDP majlis (MPSJ) supaya menarik balik larangan itu. Ya, kami tidak gembira dengannya." katanya yang dipetik dari laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris minggu lalu. Itu belum mengambil kira ulasan-ulasan dalam Twitter oleh pemimpin DAP yang begitu menyakitkan hati orang Islam.

Soalnya sekarang, bagaimana seorang Exco boleh melangkaui bidang kuasa keputusan yang telah diputuskan oleh PBT. Lebih menjengkelkan arahan menarik balik peraturan tersebut seolah-olah mencabar kedudukan enakmen syariah yang sudah sedia ada itu. Bagaimana mahu menarik balik sesuatu arahan yang sudah termaktub dalam perundangan yang sah? Ini bukan kali pertama Ronnie 'menyusahkan' pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam kes pertama dulu, beliau juga yang buat kecoh apabila Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) cuba melaksanakan peraturan larangan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam di bandar raya ini.

Sebelum ini beliau juga yang mencetuskan ribut soal penggunaan logo 1 Malaysia di premis perniagaan persendirian. Abdul Khalid menjelaskan ada kekeliruan berhubung peraturan penggunaan logo itu. Dalam soal ini, siapa lagi yang keliru, kalau bukan Ronnie? Beliau sendiri tidak faham peraturan tetapi menunjuk kuasa apabila dengan mudah mengeluarkan 'arahan menarik balik' peraturan yang tidak disenanginya. Setelah dikritik hebat oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ronnie hari ini dilihat cuba menepis apabila menyatakan beliau tidak anti-Islam.

Bolehkah permainan kata-katanya dipercayai kerana apa yang disanggahnya itu ialah peraturan dan bukannya soal pelaksanaan. Rakyat Selangor tidak tahu sampai bilakah pentadbiran Abdul Khalid boleh menyimpan exco yang sedemikian rupa. Malah, Menteri Besar sendiri dalam kenyataan awal berhubung isu larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak langsung tidak menyentuh arahan Ronnie itu. Nampak DAP terlalu berkuasa dalam kerajaan negeri dan boleh berbuat apa sahaja kalau ada perkara yang tidak sebulu dengan kehendak 'nafsu' mereka.

Selain itu, sekutu mereka, Pas tidak berani membuka mulut menegur sikap pemimpin DAP dalam kerajaan negeri meskipun Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali membuat kenyataan menyokong langkah MPSJ menguatkuasakan peraturan larangan orang Islam bekerja di premis menyajikan minuman keras. Sebelum ini, Pas beriya-iya mengatakan DAP sudah banyak berubah dalam soal Islam. Namun tindakan pemimpin parti itu seperti Ronnie ternyata memperlihatkan tanggapan itu ternyata 'jauh panggang dari api'.

Antara kepentingan Islam dan kerjasama politik dengan DAP, parti itu meletakkan Pas dalam dilema. DAP bagaikan menjadi duri dalam daging kerajaan Selangor. Sebab itu, sekarang sudah mula kedengaran desakan termasuk dari kalangan anggota parti pakatan pembangkang di negeri ini supaya Ronnie segera digugurkan daripada barisan Exco. Soalnya, beranikah Abdul Khalid melakukannya atau relakah DAP pimpinan Teresa Kok berbuat demikian meskipun menyedari Ronnie sendiri sudah tidak popular setelah ditolak dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Sementara itu, bagi umat Islam yang masih waras, mereka perlu menyokong penuh langkah PBT di negeri ini berusaha mematuhi enakmen syariah yang sedia ada termasuk mengadakan peraturan bersesuaian. PBT dan JAIS boleh memainkan peranan melaksanakan kempen kesedaran misalnya antara enam bulan hingga setahun kepada orang Islam agar mereka meninggalkan pekerjaan yang tidak halal itu. Syarikat-syarikat swasta juga harus tampil menawarkan jawatan kosong untuk golongan itu agar dapat mengubah hidup mereka.

Peraturan tersebut hanya membabitkan orang Islam manakala kebebasan orang bukan Islam mengamalkan budaya dan agama mereka tetap terjamin. Dalam, menguatkuasakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak semestinya menggunakan kaedah yang keras. Agensi agama itu mempunyai ruang yang luas untuk mendidik masyarakat ke arah jalan yang diredai. Sebagaimana usaha mereka membanteras maksiat, selain melakukan pendakwaan di mahkamah, masyarakat seolah-olah lupa sebenarnya begitu ramai pesalah syariah telah diberikan kaunseling agar mereka berubah menjadi Muslim yang baik.  
[SUMBER : HELMI MOHD FOAD].

P/S ~ Dengar kata, Ronnie dah berkira-kira nak lari ke China kerana dia tahu PR akan tumbang di Selangor. Teresa Kok pula nak berhijrah ke Australia, pak we dia mat saleh rupanya. Maka bertaburanlah pemimpin-pemimpin pakatan haram selepas tewas dalam PRU ke-13 nanti. PASshit pun begitu. Ada yang nak cabut ke Indonesia. Pemimpin PKR pulak akan lari ke Filipina. Hehehe...elok bebeno le tu. Berambus le korang. Anwar, Pok Nicky, Hadi Awang, Karpal Sink, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan ramai lagi, ke mana depa semua ni nak cabut ye? Itu je maklumat yang kurang jelas IBM dapat. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...