Tuesday, February 26, 2013

PAKATAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG - TUNKU ABDUL AZIZ


AMALAN POLITIK KOTOR PEMBANGKANG TERSERLAH DAN AMAT MENJIJIKAN
[KEENGGANAN pembangkang menandatangi Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi pilihan raya umum akan datang bukti pakatan itu tidak komited dan takut dengan bayang-bayang sendiri, kata bekas Presiden TI-Malaysia, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Ironinya, kata beliau mereka yang selama ini sibuk memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan dijalankan di atas landasan keadilan, tapi terjadi sebaliknya.

Beliau berkata, komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaksanakan ikrar berkenaan dengan mudah dan rela hati sudah cukup membuktikan kerajaan yang dipimpin beliau telus. Jesteru, katanya perlaksanaan itu bukan sahaja membuka mata rakyat untuk menilai tetapi menunjukkan kepada dunia yang kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat bertanggungjawab dalam menggalas amanah.
Pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri - Tunku Abdul Aziz
Ikrar yang mudah pun mereka tidak boleh tandatangan apa lagi untuk memerintah negara? Ini membuktikan pembangkang tidak bersedia untuk mengota apa yang dikatakan seperti kerajaan lakukan. Bolehkah kita mempercayai mereka?, katanya.

Tunku Abduk Aziz yang juga bekas naib Pengerusi DAP berkata, pembangkang sepatutnya mempolitikan isu menandatangi ikrar integriti itu kerana ia sebahagian daripada usaha menggalakan pilihan raya yang bersih seperti yang diperjuangkan. Adalah mengejutkan pembangkang tidak bersedia untuk memastikan pilihan raya bebas dan demokritik kerana pilihan raya umum adalah proses demokrasi dan tidak boleh terlibat dalam perkara yang dilarang. Mereka hanya mahu menimbulkan huru-hara, katanya.]
P/S : Kesimpulannya, pembangkang memang hendak membuat huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 nanti. Dah bersediakah kita untuk menghukum dan menghumban pembangkang ke longkang  pada PRU ke-13 nanti?? Anda tahu, anda ada jawapanya, maka fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...