Thursday, February 7, 2013

Pelakun, Pelawak Veteran Dan Pakar ICT Meninggal Dunia - AL-Fatihah!!


Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam akibat sakit tua. Malam semalam jenazah dibawa untuk disemadikan di Teluk Intan, Perak. Antara filem lakonannya dalam ero 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus sudah kasih sayang, D Di Du. Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Alisah Ali dan 11 orang anak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin!

Juga  kita dikejutkan dengan pemergian seorang pakar ICT, Azli Paat. Pemegang Anugerah Perdana Menteri 'Best Of The Year', APTCA, meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya, di bukit Segambut, malam semalam. Menurut kata anak kedua kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 

IBM pernah bertemu dengan beliau di PWTC semasa Perhimpunan Agong Umno (2011). Orang sungguh peramah. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin!
Ikhlas dan ucapan takziah kepada kedua keluaraga dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...