Wednesday, February 6, 2013

SELAMAT TINGGAL PAS!!

SATU LAGI TAMPARAN KEPADA PAS. PAS MENUJU KE ARAH KEHANCURAN

[ALHAMDULILLAH!! Dengan izin dan hidayah Allah yang diberikan kepada penyokong-penyokong PAS di Terengganu, maka hati mereka telah terbuka untuk meninggalkan parti yang konon memperjuangkan Islam tapi sebaliknya memperjuangkan matlamat DAP untuk merampas Malaysia.



Semalam, seramai 368 orang ahli PAS dari Kuala Besut, Terengganu telah bersepakat untuk meninggalkan PAS dan akan meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara bersama-sama UMNO dalam PRU-13 ini. Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Datuk Idris Jusoh. Tidak lama selepas majlis itu, seramai 81 orang ahli PAS dari Marang, Terengganu pula telah menyatakan pendirian akan menyokong BN pada PRU13 akan datang. 


Ahli-ahli PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Chempedak telah berikrar akan berjuang bersama-sama UMNO demi menjamin kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Borang keahlian UMNO telah disampaikan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said. PAS semakin meroyan kali ini dengan gelombang biru yang semakin tersebar luar di bumi Terengganu. Hadi Awang terus terkedu dengan tindakan anak buahnya yang sudah berpaling tadah.] 

Sumber : [jarum_emas] ~ Terima Kasih.

P/S ~ Betapa tenat le Pas nampaknya. Yang lain-lain tu bila lagi nak tinggalkan Pas tu?...jangan malu-malu, tinggalkan je Pas tu. Tak ada untungnya kalau masih menyokong Pas. Percayalah, Pas akan hancusss!!. Bukan menghasut, tapi, untuk kebaikan. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. insya allah lepas ni akan banyak lagi program STP akan berlaku...moga Allah berkati bumi tercinta ni...

    ReplyDelete
  2. Salam mie,

    Insyallah. Kita sama-sama berdoa. Perkara yg baik itu akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Amin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...