Friday, February 15, 2013

Masyarakat India Masih Percayakan Anwar??...Oh No!!!!


ANWAR JANJI SELESAI ISU INDIA DALAM 100 HARI..AYOYOOOO....BOLEH PERCAYA KA??

[SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dilaporkan berjanji melaksanakan rancangan lima tahun Hindraf untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Bagaimanapun Anwar berkata tidak ada keperluan untuk pihaknya memeterai sebarang perjanjian bertulis mengenai komitmen yang diberikan oleh beliau. "Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya. "Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Anwar Ibrahim pada dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi.

Macamlah Hero Filen Tamil Le Pulak.....

Beliau berkata demekian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah yang ingin tahu jika Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf. Baru-baru ini Hindraf mendakwa Pakatan Rakyat (PR) melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbicaraan telah berlangsung sejak November 2012. Mereka turut mengancam akan menarik kembali sokongan Hindraf terhadap Pakatan jika gabungan itu terus berlengah dan tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut.

Kebimbangan Pakatan terhadap ugutan Hindraf semakin nyata apabila kerajaan menarik balik tindakan mengharamkan pertubuhan itu awal bulan ini. Hindraf kemudian menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai komitmen Barisan Nasional (BN) membela kaum India. Pada dialog itu semalam, Anwar menegaskan, Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat (PR) untuk menandatangi pelan tindakan itu. Beliau sebaaliknya menggesa mereka meniliti agenda-agenda masyarakat India yang selama ini didukung oleh Pakatan Rakyat (PR) kerana dokumen polisi 'Buku Jingga' sendiri secara tidak langsung telah mengangkat semangat pelan tindakan itu.

Dalam Kepala Hotak Dia Ni Tak Ada lain, Asyik Nak Menipu je Kerjanya

Kami telah membaca pelan tindakan anda. Bolehkah anda juga turut membaca pelan tindakan kami (Buku Jingga)? Untuk bersikap adil, anda juga perlu mengiktiraf semua (isu orang india) yang telah Pakatan dukung, tegas Anwar. Menurutnya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) selama ini tekal memperjuangkan isu-isu seperti kewarganegaraan, kematian dalam tahanan serta bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

P.Utayakumar sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan negeri pimpinan PKR gagal membela masyarakat India di Selangor. Antara lain, beliau mengeluh kesusahan penduduk negeri itu mendapatkankan apa-apa permit "walaupun lesen kacang putih" daripada pihak berkuasa tempatan yang diterajui oleh kerajaan negeri, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khali Ibrahim dan Anwar, selaku Penasihat (Punahsihat) Ekonomi Selangor turut dituduh gagal menyediakan hakmilik tanah untuk Sekolah-Sekolah Tamil di negeri itu.] SUMBER : [antarapos.com].

P/S ~ Kaum India jangan tertipu lagi pada janji-janji manis si Anwar ni. Cukup-cukuplah tu apa yang selama ini dijanjikan oleh Anawar dan Pakatan Rakyat pada kaum India, tapi, habuk pun tarak. Janji Barisan Nasional (BN) bukan janji kosong, tetap ditunaikan. Janji Anwar 100 hari untuk menyelesaikan segala masalah kaum India, adalah janji kosong. Dia tidak akan mampu untuk melakukannya. Percayalah

Untuk selamat, beralih-lah kepada Barisan Nasional (BN). Satu-satunya parti yang benar-benar membela nasib kaum India dan kaum-kaum yang lain juga. Pengharaman pertubuhan Hindraf telah ditarik balik. Itu membuktikan kerajaan begitu prihatin dan bersungguh untuk menolong kaum India di negara ini. Apa yang perlu kaum India buat, terutamanya pertubuhan Hindraf, jauhkan diri dari Anwar. Semuanya akan selamat. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

5 comments:

  1. Blog tuan telah dipaut di
    http://suaralensa.blogspot.com/

    SALAM PERJUANGAN!

    ReplyDelete
  2. Salam tuan... blog tuan diantara yang pertama dipautkan ke blog SH... sekian dimaklumkan...

    ReplyDelete
  3. W'kumusallam. Terima kasih Semut Hitam. Selamat berjuang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...