Wednesday, February 27, 2013

PAKATAN PINGIRKAN HINDRAF??..KENA LAGI..

HINDRAF KECEWA LAGI??

NAMPAKNYA kumpulan Hindraf kecewa dan terus di kecewakan oleh Pakatan Rakyat (PR). Mereka begitu kecewa kerana janji yang disuarakan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hanya tinggal janji. Pengerusinya, P Waythamoorty berkata badan pendesak tersebut berasa 'amat kecewa' dengan manifesto baru Pakatan Rakyat yang didakwanya meminggirkan kepentingan masyarakat kaum India di negara ini.

Katanya lagi, Hindraf kecewa kerana ia tidak dinyatakan dalam tawaran berkenaan. Sebelum ini, Hindraf berikrar akan menyokong Pakatan Rakyat (PR) di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, sebaliknya Pakatan Rakyat memilih untuk mengabaikan sepenuhnya keperluan dan kepentingan masyarakat India dalam ikrar pilihan rayanya.
Jelas, Pakatan Rakyat menolak segala apa yang Hindraf minta dan manifesto yang Pakatan Rakyat tak ubah seperti manifesto Aji-No-Moto yang mana manifesto yang PR buat adalah mengikut selera mereka sahaja. Hindraf sepatutnya sudah mula sedar dan buka mata bahawa sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat adalah sia-sia sahaja.

Pernah di satu artikel, pakatan rakyat pernah berkata, bahawa mereka tidak memerlukan undi dari kaum India semasa PRU ke-13 nanti. Tapi, IBM hairan kenapa kumpulan pendesak ini, Hindraf masih terhegeh-hegeh seperti orang minta sedekah meminta simpati, tapi tidak dilayan?IBM bukan nak jadi batu api, tapi itulah realitinya. 

Diharap Hindraf dapat memikirkan satu kaedah yang lain bagi menyelamatkan kaum India dari ditindas oleh pembangkang dan sudah menjadi lumrah politik kotor mereka akan buat 'u' turn berjanji bulan dan bintang setelah mereka terdesak. Kepada P Waythamoorty, bangkitlah, gunakanlah pemikiran yang waras kerana ianya masih belum terlambat.

IBM yakin, Pengerusi Hindraf ini tahu ke mana selepas ini, hala tuju kaum India dan siapa beliau harus bergantung harapan?.....dan parti manakah yang benar-benar boleh membantu dan juga yang selalu menetapi janji. Maka, fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKANLAH wahai P Waythamoorty. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...