Wednesday, February 13, 2013

Ramai Rupanya Ahli PASshit Akan Tinggalkan Parti.."Selamat Tinggal PAS"!!!


[KIRA-KIRA 1,000 anggota pembangkang terutamanya PAS dijangka meninggalkan parti itu menjelang bulan Mac ini dalam program 'Selamat Tinggal Pembangkang (STP)' anjuran Umno Bahgian Besut, kata ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota PAS yang sudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagi apabila sanggup menjalin pakatan dengan DAPigs yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

Awal bukan ini (Mac), kita telah terima hampir 400 anggota PAS majoritinya yang mahu menyertai Umno selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang makin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan dengan 'kalimah Allah', katanya kepada pemberita di sini, Rabu.


Idris berkata, rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan PAS pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakali parti itu. Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang dengan alasan suara aurat, tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah mewakili mereka, apa sudah jadi?


Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya, katanya. Pada 5 Feb lepas, seramai 388 anggota PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap parti mereka dalam perhimpunan STP di Kampung Pangkalan Nyireh, Besut Terengganu.

ANTARA SEBAB-SEBAB MEREKA TINGGALKAN PAS :

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, penyertaan anggota parti pembangkang itu membuktikan Umno dikagumi dan dipercayai kerana sentiasa konsisten dalam perjuangan yang tidak pernah terkeluar dari landasan agama. Baru-baru ini ada orang kuas PAS jumpa saya sembunyi-sembunyi dalam kereta beritahu sudah tidak tahan dengan perjuangan parti itu yang semakin lemah dan jelas dipergunakan oleh pakatan lain termasuk DAPigs, katanya.

Idris berkata, beliau percaya lebih ramai akan menyertai Umno dalam masa terdekat dan ini merupakan petanda baik bahawa Barisan Nasional (BN) Terengganu semakin kukuh dan mantap di hati rakyat.]

KALDAIKAH AKU SELAGI AKU JADI  AHLI  PAS??

P/S ~ Tahniah, taahniah kepada Datuk Seri Idris Jusoh yang berjaya menyedarkan ahli-ahli Pas yang rata-rata tertipu oleh dakyah dan perjuangan parti Pas yang sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangan mereka yang sebenar. Teruskan usaha DS. PAS akan HANCUSS!!!. Tapi, jangan lupa kepada ahli-ahli Umno yang sedia ada. Jangan ada di saat akhir yang sabotaj parti dan menyokong parti lawan. Kan apa, pengalaman yang lepas-lepas....dah pernah berlaku. Sekian, ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...