Wednesday, May 21, 2014

18 DITAHAN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA

RABU, 21 MAY 2014
SINGAPURA : Polis Singapura menahan 18 orang dipercayai terbabit dalam sindiket pertaruhan bola sepak haram bernilai jutaan dolar, kurang sebulan sebelum bermulanya Piala Dunia. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima pertaruhan bola sepak haram berjumlah anggaran SG$8 juta (RM20.5 juta) sejak dua minggu lalu saja,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan disiarkan menerusi laman webnya lewat kelmarin. Ia tidak mendedahkan kewarganegaraan suspek membabitkan 16 wanita dan dua lelaki yang ditahan dalam satu serbuan pada Ahad dan Isnin. Sejumlah wang tunai bernilai SG$1.4 juta (RM3.6 juta) selain komputer, telefon bimbit dan dokumen pertaruhan serta rekod transaksi bank dirampas ketika serbuan itu, kata polis. 

Pengendali judi dan kaki judi yang menyangka mereka boleh berselindung di sebalik kesalahan jenayah internet ini perlu berfikir dua kali,” kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis, Kenny Tan yang memberi amaran menerusi kenyataan itu. “Polis akan mencari mereka dan mendakwa kedua-dua pengendali dan kaki judi mengikut undang-undang sedia ada.” Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda antara SG$20,000 (RM51,360) hingga SG$200,000 (RM513,600) dan lima tahun penjara. Pertaruhan sukan menjadi tumpuan di Singapura dengan perlawanan liga Eropah adalah antara yang paling digemari di kalangan kaki judi. 

Lembaga Totalisator Singapura yang menguruskan dua syarikat loteri dan pertaruhan bola sepak sah di negara itu mendapat pulangan sebanyak $983.3 juta (RM2.52 bilion) setahun sehingga Mac 2013, daripada keseluruhan populasi berjumlah 5.4 juta. Pakar berkata ada berpuluh pusat pertaruhan bola sepak haram di Singapura. Tahun lalu polis Singapura menahan 14 orang dipercayai ahli sindiket menyusun perlawanan seluruh dunia termasuk dalangnya, Dan Tan. Pada Jun tahun lalu, tiga pengadil Lubnan disabitkan bersalah oleh sebuah Mahkamah Singapura kerana menerima khidmat seks sebagai balasan menyusun perlawanan. Ahli perniagaan Singapura, Eric Ding yang didakwa menawarkan rasuah itu kini menjalani perbicaraan – AFP

* Belum pun bermula bolasepak Piala Dunia di Brazil, dah bermula judi bola. Memang taik judi tulin le depa ni. Apapun tahniah kepada Polis Singapura yang berjaya menyekat sindiket pertaruhan bola sepak yang mempertaruhkan jutaan dolar. Di Malaysia macam mana, ada ke? Tunggu dan lihat le nanti. * Wasallam ~ IBM
"KALAU TAK MENGANTUK, SUDI-SUDILAH BACA YE" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...