Thursday, May 22, 2014

ANDA PEMINAT GUSTI? TUNGGU...WWE KEMBALI KE MALAYSIA OKTOBER INI



SELEPAS 12 tahun, Malaysia akan menjadi negara ekslusif di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan perlawanan gusti, World Wrestling Entertainment secara langsung (WWE Live). Pengurus Besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah berkata, WWE Live dijangka menarik pelancong dari rantau ini untuk menyaksikan acara selama dua hari itu. WWE merupakan satu daripada program hiburan kesukaan ramai di rantau ini, maka ia akan menggalakkan kemasukan lebih ramai pelancong dan Malaysia berbangga menganjurkannya,  kata beliau dalam sidang media di sini, Khamis.
WWE Live yang dianjurkan bersama Malaysia Major Events, sebahagian daripada Biro Konvensyen dan Pameran dan Astro Malaysia Holdings Bhd sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menelan perbelanjaan hampir RM33 juta. Sementara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik, Sweesin Wuu berkata, 25 hingga 30 bintang WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Ricky Steamboat akan menghiburkan para peminat mereka di WWW Live yang akan berlangsung di Stadium Putra Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober ini.
Kami rasa teruja untuk kembali ke Malaysia selepas 2002 dan acara ini menunjukkan komitmen kepada pertumbuhan kami di Malaysia, katanya. Peminat gusti boleh mendapatkan tiket mulai 31 Mei ini dengan harga antara RM128 hingga RM1,230.
* WOW!! Kepada peminat-peminat WWE, jangan lepaskan peluang ini. Jom kita turun ke Stadium Putra Kuala Lumpur. Bukan senang nak tengok secara Live dan dapat berjumpa dengan bintang-bintang gusti terkenal seperti John Cena. Tiket mahal tak apa, asalkan hati puas.  IBM memang peminat setia WWE.  Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...