
Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini,katanya. Justeru, beliau berkata akan meninggalkan Bukit Gelugor pada malam Sabtu. Saya tak ada esok (Ahad). Semua penyokong akan ikut saya ke Langkawi, katanya. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad ketika dihubungi mStar Online berkata, penarikan Abu Backer tidak sah. Penarikan dirinya tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi. Apapun proses pengundian esok akan berjalan seperti biasa. Dia kena hormat peraturan SPR, katanya. SUMBER : MSTAR
* Apa hal le pulak si Abu Backer ni. Mula-mula memang beria-ia,,bersemangat nak tanding. Tetiba hari ini tarik diri pulak. Mana boleh tarik diri disaat akhir. Itu dah melanggar syarat pilihanraya. Apapun, kita tunggu kenyataan dan jawapan dari SPR. Maka, dah tentu le DAP akan menang selesa. Lantak le. Itu kawasan depa. Biarlah DAPigs berpesta. Wasallam * ~ IBM