Thursday, May 29, 2014

PENGUATKUASA KAYA RAYA HASIL PENYELUDUPAN DIESEL SUBSISI

KHAMIS, 29 MAY 2014
PENYELUDUPAN DIESEL SUBSIDI 

Berita di bawah ini menjurus kepada rasa tamak-haloba, tidak amanah dan gila kerana cepat nak jadi kaya. Hasilnya apa? Tuhan tidak mengizinkanya. Memang dia licik, tapi akhirnya terbongkar juga. Kini menunggu pihak yang berwajib akan bertindak. Ambil iktibar dari kesah benar ini supaya kita tidak terjebak dan mengikut jejak langkah si pengkhianat ini :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin mendedahkan terdapat kes membabitkan pegawai penguat kuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (gambar atas) berkata pihaknya telah pun mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Terdapat juga kes pegawai penguat kuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel, katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di sini Isnin. Beliau berkata walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes berkenaan daripada sudut rasuah. Katanya sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel telah disiasat dan telah menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta. 

Bernama melaporkan Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguat kuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah. Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas, katanya. Selain itu beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea. Moralnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...