Tuesday, May 20, 2014

ALAAHAI....TAPAK KAKI GAJAH RUPANYA. INGATKAN 'BIGFOOT'

SELASA, 20 MAY 2014
SEMALAM gempak penduduk di kawasan Endau-Rompin apabila mereka menemui kesan tapak kaki yang aneh, besar seolah-olah tapak kaki 'BIGFOOT'. Tapi, gempak tu sekejab je apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mengesahkan bahawa trek atau tapak kaki yang berlumpur yang didakwa sebagai trek Bigfoot yang ditemui berhampiran kawasan Endau -Rompin di sini sebenarnya milik sekumpulan gajah. Pengarah Perhilitan negeri memaklumka bahawa  pegawai-pegawainya telah mengkaji corak trek berkenaan dan membuat kesimpulan bahawa ia telah dilakukan oleh kumpulan gajah (pachyderms). Bentuk tirus memanjang terhasil apabila gajah berjalan balik ke belakang dan ini mewujudkan pertindihan pelbagai tapak kaki yang berada dalam kedudukan yang hampir sama, jekatanya.

Ini Ini menyebabkan bentuk jejak gajah yang biasanya bulat kelihatan berbeza. Pengarah tersebut berkata pegawai-pegawainya juga telah menemui najis gajah berhampiran trek. Ini membuktikan teori kami betul dan tepat, kata beliau sambil menambah tiada lagi kajian dapat membuktikan kewujudan Bigfoot. Apapun, katanya jabatan itu tidak menerima apa-apa maklumat tambahan mengenai kesan tapak kaki haiwan. Maka, kepada penduduk-penduduk kawasan Endau-Rompin jangan bimbang, semuanya dah beres. tiada Bigfoot, cuma gajah liar yang berkeliaran mencari makan. 

Apapun hati-hati dengan sang Gajah tu. Sekali mereka mengamuk, habis korang. Sekampung di amuknya nanti. Dan....jangan sekali-kali maki-maki mereka kerana telinga mereka tajam dan faham apa manusia kata. Hehehehe..itu kata orang tua-tua, bukan IBM kata. Wasallam ~ IBM
"BACALAH KALAU SUDI. TAK KENA BAYAR PUN"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...