Sunday, May 25, 2014

JANGAN AMBIK HATI, ITU CUMA NASIHAT DARI ZAHID

AHAD, 25 MAY 2014
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menganggap kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)  semalam hanya berupa nasihat, kata pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof. Aziz berkata, sebagai Menteri, Zahid hanya menasihatkan anggota RELA di Teluk Intan yang layak supaya menunaikan tanggungjawab mereka. Malah, katanya, bukan semua anggota RELA itu layak mengundi. Aziz juga berkata, Zahid (kanan bawah) juga tidak akan tahu siapa yang mengundi dan siapa yang tidak dalam pilihan raya umum lepas.
 
Satu-satunya cara untuk mengetahuinya hanya dengan menyemak nama anggota RELA di daftar pemilih dan melihat jari mereka sama ada mempunyai dakwat kekal atau tidak. Zahid semalam menggesa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turun beramai-ramai mengundi di Teluk Intan dan menyokong calon BN Datuk Mah Siew Keong. Menurutnya, beliau akan tahu identiti anggota RELA yang tidak turun mengundi kelak.
 
Menurutnya, RELA Teluk Intan mempunyai 35,217 anggota dan jumlah yang layak mengundi adalah seramai 8,639 orang, namun lebih 2,000 orang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebelum ini. Diharap anggota RELA tidak berkecil hati atau menyimpan dendam akan kenyataan DS Zahid itu kerana ianya merupakan satu nasihat dan bukan amaran. Tapi, demi untuk kebaikan orang-orang Teluk Intan, calon BN lah pilihan utama. Tolak calon DAPigs yang hanya di lihat sebagai papet kepada DAP. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...