Monday, May 26, 2014

PORTAL MALAYSIAKINI FITNAH SHAHRIZAT. APA LAGI TUNGGU, SAMAN JE!

ISNIN, 26 MAY 2014
DAKWAAN portal Malaysiakini mengenai pemberian Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyerahkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal di Taman Semarak, Teluk Intan untuk meraih undi merupakan laporan palsu kerana sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Sumbangan yang diberikan iaitu bantuan lampin serta wang tunai berjumlah RM500 tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Ekskutif YKN, Datuk Rafek Reshidullah kepada ibu tunggal terbabit. P Panjalay yang merupakan seorang penganggur terpaksa menjaga tiga anak perempuannya yang berumur antara 33 hingga 36 tahun yang mempunyai masalah mental. 
Penderitaannya ditambah lagi selepas suami beliau meninggal dunia kira-kira tujuh bulan lalu menyebabkan beliau hilang mata pencarian. Panjalay yang menerima bantuan melahirkan rasa gembira kerana baginya pemberian tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban ibu tunggal terbabit yang terpaksa menjaga anak-anak perempuannya sejak dari kecil. YKN merupakan sebuah tabung kebajikan yang ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh Surat Ikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981 dan dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong VII pada 6 April 1982. Kesimpulannya, apa tunggu lagi. Saman je jangan tak saman. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...