Monday, May 26, 2014

MAAFKAN SAYA MALAYSIA : DAREN

ISNIN, 26 MAY 2014
KAPTEN skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas kepada Jepun 2-3, malam semalam. Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set pertama.

Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya selepas perlawanan malam tadi. Jadi, apa kata peminat-peminat Badminton tanah air semua. Nak terima tak maaf dari Daren ni? Ada juga Daren main sambil lewa yang membuat Malaysia gagal membawa Piala Thomas balik ke Malaysia setelah 22 tahun mengidamkannya. Dan, kalau kita letakan diri kita di tempat  Daren, mungkin kita akan berkata demekian. Siapa tak mahu menang. Siapa tak mahu jadi hero mengutip mata kemenangan negara? Apapun, ianya sudah berakhir. 

Menanggis air mata darah sekali pun Piala Thomas tidak boleh kita miliki kerana ianya milik Jepun yang kentar dengan semangat juang mereka. Lupakan episod sedih ini, siapkan dan lengkapkan pasukan yang baru bagi menghadapi banyak lagi kejohanan dunia yang akan pemain-pemain kita sertai. Insyallah, satu ketika nanti, Piala Thomas akan kita julang. Apa yang menyedihkan dan IBM terkilan sikit kerana di saat-saat persaraan jaguh badminton no 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, beliau gagal meraikan pingat emas dan menjulang Piala Thomas buat kali pertama. Memang beliau terkilan habis.

Mata pertama beliau dalam perlawanan malam semalm, belum cukup bagi beliau dan negara menjulang Piala Thomas. Kata orang, bukan rezeki dia. Apapun tahniah kepada wira-wira badminton kita menjadi naib juara. Cuba lagi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...