Monday, May 26, 2014

AMARAN! PREMIS YANG JUAL CIKLAT DNA BABI (KHINZIR) AKAN DIDENDA RM100 RIBU ATAU PENJARA

ISNIN, 26 MAY 2014
PREMIS yang masih menjual dua jenis coklat Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine), boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahayudin (gambar kanan) berkata, hukuman itu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang. Bagi sesebuah pertubuhan perbadanan pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM 250,000. Bagaimanapun kadar hukuman itu akan ditentutan di mahkamah sama ada wajar mengenakan RM250,000 atau RM100,000 dan sebagainya, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin. 

Beliau berkata, mana-mana pihak yang masih menjual coklat berkenaan sewajarnya memulangkan kembali kepada pihak pembekal dan pengilang. Katanya, arahan juga telah dikeluarkan kepada pejabat-pejabat cawangan KPDNKK di seluruh negara untuk bergerak memantau penjualan coklat itu termasuk di kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang. Menurutnya, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pemeriksaan. Kita sebagai pengguna, kalau terjumpa di mana-mana premis yang menjual coklat babi ni, jangan berlengah lagi, repot jangan tak repot. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...