Friday, May 23, 2014

POLITIK KUNU MAT SABU@SABUN...SIKIT-SIKIT SURUH ORANG LETAK JAWATAN. BENGGONG!!

JUMAAT, 23 MAY 2014
KEBODOHAN politik pemimpin PAS ini memang ketara dan memang kunu. Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar menempelak Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendesak Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi meletakkan jawatan dengan dakwaan gagal menangani insiden rempuhan pagar Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tersebut, baru-baru ini. Menurut Abdul Khalid, polis kini telah mengambil keterangan dari 25 individu bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung isu tersebut da telah menahan 12 orang bagi membantu siasatan. Itu memang kerja dia (Mat Sabu). Semua orang dia suruh letak jawatan, kata Ketua Polis Negara kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan pemberita mengenai desakan Mat Sabu supaya Abdul Rahim meletakkan jawatan. Tambah Abdul Khalid, polis turut menerima beberapa laporan polis  berhubung insiden itu dan kesemuanya dibuat dalam negeri itu. Ada beberapa laporan polis diterima, hanya di negeri ini sahaja dan 12 individu yang bertanggungjawab telah ditahan kerana bertindak melakukan kekecohan dan merempuh pagar DUN. Dan diberitakan lebih 25 percakapan telah dirakam setakat ini dan Polis masih jalankan siasatan, katanya. Ketika ditanya mengenai dakwaan 12 individu tersebut yang hanya didakwa atas kesalahan kecil, Khalid menjelaskan kes itu disiasat di bawah tiga seksyen. 
Sebenarnya pihak Polis telah mengunakan tiga seksyen dalam siasatan kes ini termasuk Seksyen 448 dan jangan ingat Polis tak beri perhatian serius. Polis akan ambil tindakan ikut perundangan yang ada. Dalam bab ini, Polis tahu apa yang terbaik serta seksyen apa yang perlu digunakan untuk siasatan, katanya. Jadi, kepada Mat Sabu@Mat Sabun, janganlah nak memandai-mandai dan cuba nak jadi hero. Polis tahu apa depa buat. Kesimpulannya, memang terserlah  kebodohan dan ke kunuan politik yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin PAS ini. Itulah sebab orang kata PAS adalah "Parti Ajaran Sesat". Ada sesapa setuju dengan IBM? Ehmmm..tak perlu jawab. Wasallam ~ IBM
"TERUSKAN MEMBACA DAN KOMEN LE SIKIT KALAU BOLEH"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...