Monday, May 26, 2014

POLIS TAHAN TIGA MILITIAN LTTE

ISNIN, 26 MAY 2014
KUALA LUMPUR : Polis Malaysia menahan tiga warga asing disyaki anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka ditangkap dalam satu operasi khas oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas. Beliau berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas bahan propaganda kumpulan LTTE, peralatan media dan mata wang asing 24 negara bernilai RM20,176.53," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Khalid berkata kesemua suspek dikesan menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
* Senang betul kumpulan pengganas LTTE ni memasuki negara kita ni ye. Kata kawal ketat di buat semua pintu ke negara ini, tapi, bolos jugak. Nasib baik dapat dikesan lebih awal. Kalau tidak makin ramai kumpulan LTTE masuk dan membuat negara sebagai pangkalan mereka. Kepada PDRM dan agensi-agensi kerajaan yang lain yang bersabit dengan menjaga keselamatan negara, ketatkan lagi kawalan. Musuh ada di mana-mana. Wasallam * ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...