Monday, May 19, 2014

TAHNIAH PM DI ANUGERAH 'UNION MEDAL' OLEH UAE. ANWAR BILA LAGI? HEHEHE

ISNIN, 19 MAY 2014

PERISTIWA YANG KETUA PEMBANGKANG TAK MAHU LIHAT DAN DENGAR. DENGKI HABIS!


ABU DHABI : Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata darjah kebesaran Etihad Award (Union Medal) yang dikurniakan oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) adalah suatu pengiktirafan kepada Malaysia dalam hubungan dua hala kedua-dua negara. Perdana Menteri berkata anugerah itu adalah untuk menghargai sumbangan dan peranan Malaysia, dan merupakan anugerah tertinggi untuk Ketua Negara yang diberikan oleh negara itu. Darjah kebesaran itu disampaikan kepada Najib oleh Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Al Nahyan selepas sambutan rasmi tetamu negara itu di Istana Mushrif di sini. "Menurut Putera Mahkota anugerah ini adalah sebagai menghargai sumbangan dan peranan Malaysia dan dia hendak jadikan ini sebagai satu kejutan pada saya.

"Saya rasa terharu sebab tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan ini merupakan satu kejutan untuk saya, sebab ini merupakan award tertinggi yang dapat diberikan oleh UAE," katanya. Beliau berkata demikian pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Abu Dhabi. Najib, yang tiba di sini malam tadi, kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke ibu negara UAE dan ini merupakan lawatan kali kedua beliau ke negara itu selepas menyandang jawatan perdana menteri pada April 2009. Mengulas pertemuan empat mata beliau dengan Sheikh Mohammed, Najib berkata beliau antara lain memaklumkan kepada Putera Mahkota berkenaan hasrat Malaysia untuk melihat peningkatan pelaburan antara kedua-dua negara.

Antaranya komitmen UAE untuk membangunkan depoh minyak di Tanjung Piai di Johor, sebagai simpanan strategik untuk keperluan mereka, katanya. Turut dibincangkan ialah kerjasama pertahanan yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara, khususnya dalam latihan bersama ketenteraan yang disifatkan mempunyai potensi besar. "Saya percaya hubungan ini akan membawa banyak manfaat selain peluang mengadakan latihan bersama selain mengkaji kemampuan ketenteraan kedua-dua negara yang boleh dimanfaatkan," katanya. Umpamanya menurut Najib, kekuatan UAE yang mempunyai pesawat tanpa pemandu (UAV) yang telah digunakan dalam membantu Malaysia dalam insiden serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah tahun lepas. 

Pada pertemuan itu katanya, beliau turut menzahirkan penghargaan Malaysia kepada UAE atas bantuan mereka dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. Mengulas mengenai perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Malaysia melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf (AWQAF) UAE, Najib berkata kompleks masjid yang bakal dibina akan menjadi suatu pembangunan ikonik di Malaysia. Masjid yang bakal dibina hasil ilham Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi itu dijangka mampu menampung kira-kira 30,000 jemaah pada satu-satu masa, kata Najib. 

Sementara itu kata Najib, dalam kunjungan hormat ke atas Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, beliau menekankan soal pelaburan antara Malaysia dan Dubai, khususnya dalam memberi peluang kepada lebih banyak syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu. SUMBER : MSTAR

* Sekalung tahniah diucapkan kepada PM kita. Ini menunjukkan dunia mengiktiraf segala jasa, sumbangan dan komitment dari Malaysia di peringkat antarabangsa. Sudah tentu dengan anugerah ini membuat mata ketua Pembangkang, Nuar Brahim merah dan iri hati. Memang hati ketua pembangkang bengkak dan sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri dan nama negara. Hati Yahudi le katakan. Memang pendengki. Wasallam * ~ IBM
"'TERIMA KASIH KERANASUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...