Thursday, May 22, 2014

KENAPA TETIBA ANWAR NAIK ANGIN? APA KATA KITA TANYA SAMA POKOK KENAPA ANWAR NAIK ANGIN..HEHEHE!

KHAMIS, 22 MAY 2014
NAMPAKNYA Punasihat PKR sudah hilang sabar. Tiga calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi amaran berhubung kegagalan menjaga dan mengawal penyokong mereka yang bertindak agresif semasa menyertai bantahan di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi. Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyokong mana-mana calon tidak sepatutnya mencalarkan imej parti kepada seteru politik. Tanpa berselindung perasaan marahnya, beliau bagi amaran kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden (jaga penyokong sendiri). Kalau tidak. jadi macam inilah. Untuk TV3 dan UMNO...puaskan hati! Biar jahanam parti...puas hati. Kerana apa? Kerana nafsu tidak dipenuhi. Kalau tidak ada tindakan...okey..kita ambil tindakan..ada soalan?

Dengan nada yang marah, beliau minta semua bersurai, Teks ucapan marah Nuar ini dipetik dalam portal berita tempatan semalam. Manakala rakaman video aksi Ketua Pembangkang yang keluar daripada ibu pejabat parti itu semata-mata bagi memberi amaran kepada pihak yang berdemonstrasi telah tersebar di laman sosial YouTube. Anwar dilihat amat marah apabila mengarahkan mereka yang hadir bersurai atau berdepan tindakan dipecat daripada parti. Tindakan Ketua Pembangkang itu dianggap banyak pihak bertentangan dengan perbuatan beliau sebelum ini yang sering mengetuai demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan kononnya demi menegakkan prinsip demokrasi. 

Walaubagaimanapun, prinsip itu tidak pula dibenarkan dalam PKR malah beliau melabelkan puak-puak yang terlibat dalam demonstrasi itu sebagai pengkhianat. Beliau kata beliau tidak peduli you (awak) siapa, kalau buat juga, beliau akan pecat, sebab kita bertindak ada prinsip. Sekali lagi Nuar minta bersurai. Jangan layan satu dua pengkhianat, katanya lagi. Beliau minta siapa yang hadir bersurai kalau tidak beliau terpaksa ambil tindakan, katanya. Malam semalam rupa-rupanya sekumpulan ahli PKR berkumpul di hadapan ibu pejabat parti bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini. Mereka turut menyifatkan jawatankuasa pemilihan kali ini lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Patut le Anwar benggang habis. Hehehe. Hancur le PKR. Wasallam ~ IBM
"PANAS BEB! BACA JANGAN TAK BACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...