Friday, May 16, 2014

TERIMA KASIH PM KEPADA WARGA 'PENDIDIK' - "SELAMAT HARI GURU"

JUMAAT, 16 MAY 2014
16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat melahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak bangsa. Beliau mengakui guru memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara. "Tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. 

"Kita berterima kasih kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini," katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari Guru hari ini. Perdana menteri berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru mereka wajar dihargai. "Bagi pihak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu," kata Najib. Dari IBM, "Selamat Hari Guru". Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...