Tuesday, May 20, 2014

IBU DYANA, YAMMY SAMAD CABAR UMNO PECAT KEAHLIAN BELIAU

SELASA, 20 MAY 2014
EKORAN daripada kenyataan veteran UMNO semalam mendesak UMNO melucutkan keahlian Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, ini jawapan daripada Yammy Samad. Beliau menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan. Yammy berkata tiada masalah jika veteran UMNO serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi. Sudah ada desakan veteran untuk memecat beliau. Itu terpulang. Jika betul, hubungi beliau. Jangan  asyik menyalak sahaja, kata Yammy. 
Seperti yang di ketahui umum, semalam, Media melaporkan Setiausaha Agung veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Maka, Yammy Samad menjawab, Kenapa tidak hubungi  terus dan beliau akan berikan jawapan, katanya kepada salah sebuah portal Pro-Pembangkang, hari ini.

Menurut kata Setiausaha Agung veteran UMNO, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. Persoalanya, kenapa Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tengku Adnan diam membisu, tiada reaksi dari beliau? Takut ke? Kalau takut, lebih baik jadi pondan dari jadi lelaki. Pecat Yammy Samad tidak bererti UMNO dibenci. Ahli-ahli UMNO tetap ada di belakang. Dulu, kini dan selamanya. Wasallam ~ IBM
"TERUSKAN MEMBACA MOGA MINDA BERFIKIRAN POSITIF"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...