Wednesday, May 21, 2014

CALON BEBAS AKAN SAMAN GUAN ENG? SAMAN JANGAN TAK SAMAN

RABU, 21 MAY 2014
SAMAN..jangan tak saman. Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan berhasrat untuk mengemukakan saman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ekoran menyebabkan kecederaan keatasnya semalam. Menurut Abu Backer, akibat dilanggar oleh kenderaan Guan Eng dihadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pualu Pinang, beliau mengalami keretakan tulang pinggul, patah tulang rusuk serta menghidapi jangkitan paru-paru.

Maka, Abu Backer  nak saman Guan Eng. Kalau Guan Eng jumpa beliau tak cedera macam ni, katanya kepada pemberita semalam. Abu Backer cuba menghalang kenderaan Guan Eng selepas Ketua Menteri tersebut engan bertemu beliau yang menungggu di hadapan bangunan DUN sejak 12.30 tengah hari. Beliau kemudiannya melanggar kenderaan tersebut dan terbaring di atas jalan raya. Keputusan terkini, Abu Backer akan saman Guan Eng. Andai kes ini di bawa ke Mahkamah, kalau Abu Backer menang, berapa le agaknya dia dapat nanti ye? Tungguuuuuu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI SINI. TERUSKAN MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...