Saturday, May 24, 2014

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA ELEKTRIK

SABTU, 24 MAY 2014
PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar kadar penggunaan bulanan elektrik yang dikecualikan tarif baharu dinaikkan daripada 300kWj kepada 500kWj. Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet dan akan mencuba sekali lagi agar kadar tarif baharu elektrik dikecualikan kepada penggunaan sehingga 500kWj/sebulan," katanya ketika sesi soal jawab dalam  Program Bersama Komuniti anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB)  peringkat wilayah Persekutuan Putrajaya. 
 
Bermula 1 Januari lalu, tarif baharu elektrik dilaksana sejajar dengan langkah kerajaan melalui Program Rasionalisasi Subsidi, namun TNB menjangka 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik tidak akan terjejas dengan tarif baharu itu. Kerajaan juga akan terus memberi subsidi sebanyak 16.2 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 0-200 kWj/sebulan. Kerajaan juga akan memberi subsidi sebanyak 14.1 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan 201-300kWj/sebulan.

* Terima kasih banyak-banyak le Engku Nan. Kalau berjalan, syukur alhamdulillah le. Kalau tak berjaya, carilah kaedah lain bagi mengurangkan bebanan kepada pengguna. Kalau BN nak lama memerintah, buatlah apa yang terbaik untuk rakyat. Kerana, rakyat sekarang sedang mengintai, menilai prestasi kerajaan yang ada sekarang. Silap langkah, PRU ke-14 nanti, mungkin ada kejutan. Fikir-fikirkanlah. * Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...