Wednesday, May 28, 2014

APA KE JADAHNYA SAMPAI NAK BAKAR KILANG CADBURY TU..HILANG AKAL KE APA?

RABU, 28 MAY 2014
JANGANLAH kerana nyamuk sampai kelambu nak dibakar. Kita mesti berfikiran waras sebelum membuat sesuatu kenyataan. Isu dibawah ini melibatkan ramai orang. Kenapa sampai nak bakar kilang pulak? Bagaimana kalau ada saudara-mara kita yang berkerja di kilang tersebut. Kan hilang punca pencarian mereka. Cari penyelesian dengan cara yang betul :

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata walaupun penemuan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury merupakan perkara serius, namun tindakan yang dipenuhi emosi dan tidak rasional hanya akan memalukan umat Islam. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam. 

BOIKOT CADBURY...BOIKOT CADBURY...BOIKOT CADBURY
Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi, katanya dalam satu kenyataan malam ini. Amidi berkata selain mengenakan tindakan tegas terhadap Syarikat terbabit, prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperbaiki. Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond). Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu. Maka, kita sebagai penguna, ikut arahan pihak yang berwajib. Jangan tertipu lagi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...