SUDAH menjadi lumrah bagi pemimpin-pemimpin pakatan haram membuat kenyataan dan membidas pemimpin-pemimpin UMNO/BN dengan menggunakan perkataan yang boleh menyinggong perasaan sesama insan. Mereka (pembangkang) boleh mengeluarkan apa sahaja perkataan dari mulut mereka. Itu tidak menjadi kesalahan bagi mereka. Tapi, kalau kena kat batang hidung depa, melenting habis. IBM ingin membalas dan membidas kembali akan peri laku pemimpin PAS yang agaknya kurang 'siuman' apabila beliau membuat kenyataan di dalam sebuah portal pro pembangkang, mengulas dan membidas tindakan 92 Ketua UMNO Bahagian yang menyokong kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'mabuk todi'. IBM nak tanya, siapa yang sebenarnya 'mabuk todi' ? Kalau nak difikirkan secara lojik, dan setelah diambil kira serta diimbau kembali, merekalah (pembangkang) yang selalu menggunakan perkataan yang agak sensitif, mencarut, memaki dan banyak lagi. Itulah hobi mereka.
Maka, bagi IBM, secara lojiknya, Ketua Penerangan PAS, si Mahfuz Omar yang 'mabuk todi'. IBM sering membuat kajian, setiap perkataan yang keluar dari mulut si Mahfuz ini berupakan maki hamun, fitnah. Mulut si Mahfuz ini memang busuk, busuk tahap longkang yang tak di cuci. Kontroversi yang timbul beberapa hari ini berkisarkan kenyataan dan nasihat daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menasihati supaya peniaga-peniaga Cina menurunkan harga barang ekoran daripada penurunan harga minyak sekarang ini. Itu yang dikatakan oleh si Mahfuz sebagai 'berbaur' perkauman. Berbaur perkauman apa bendanya? Ada otak ke tak ada otak si bahlol, Mahfuz ni.? Seperkara lagi yang membuat IBM rasa si Mahfuz ni betul-betul bahlol dan mabuk todi apabila beliau mempersoalkan kenapa tidak semua Ketua UMNO bahagian itu tidak menggesa Putrajaya menurunkan harga barang yang berada di bawah kawalannya? Dan sekali lagi IBM lihat hujah dari Mr Bean yang menyatakan bahawa usaha menyokong membuta tuli bagikan orang yang mabuk minum todi. Sekali lagi IBM ulang, siapa yang mabuk todi?
Tak cukup dengan tuduhan yang melulu, Ketua Penerangan PAS yang bahlol ini cuba pula melaga-lagakan Ketua-ketua UMNO bahagian dengan Perdana Menteri. Katanya kenapa mereka (Ketua bahagian) tidak berani mendesak kerajaan supaya menunjukkan contoh tauladan dalam menurunakan harga barang kawalan yang dibawah bidan kuasa kerajaan persekutuan? Soalnya lagi, kenapa Ismail Sabri dan Ketua-ketua UMNO bahagian tersebut mengeluarkan hujah tanpa fakta? Maksud si Mahfuz itu kenapa disalahkan kepada peniaga Cina semata-mata dalam isu kenaikan harga barang ini? Jadi, bila diambil kesimpulan, memang jelas betapa jahil dan bodohnya si Mahfuz seko ni. Untuk tujuan tersebut (mengawal harga barang kawalan), Menteri yang berkenaan telah pun membuat kenyataan semalam, beliau dan kakitangannya akan turun pada bagi memantau dan segala risalah akan di edarkan supaya pengguna boleh membuat perbandingan harga selepas ini.
Itu pun tak boleh tunggu ke, atau si bahlol ni sengaja nak cari pasal? Menyentuh kontroversi tercetus selepas Ismail Sabri menulis kenyataan di laman Facebooknya, menggesa pengguna Melayu memboikot dalam usaha menentng peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan mencari keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak. Bagi IBM itu tidak menjadi kesalahan.Ianya sekadar mengingatkan para pengguna. Apapun, diberitakan sekumpulan NGO telah membuat laporan polis apabila Ismail Sabri mendapat ugutan 'bunuh' dari orang yang tak bertanggun jawab. Dan....nasihat IBM kepada Ismail, jangan sekali-kali mengalah dan minta maaf kerana kita di pihak yang benar. Yang 'mabuk todi' dan bahlol adalah pemimpin-pemimpin pakatan haram, terutamannya si Mahfuz@Mr Bean of Malaysia. Wassalam ~ IBM