SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
BELUM apa-apa lagi pakatan haram sudah mula beria-ia untuk membawa Anwar si peliwat ni untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Permohonan pengampunan pun masih samar-samar samada di terima atau tidak oleh Anggota Majlis Pengampunan Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah .Pakatan beranggapan yang Anwar si peliwat masih lagi ahli Parlimen Permatang Pauh, Melalui partinya, PKR akan cuba memohon agar Anwar dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac. Mengikut kata Setiausaha bodoh PKR, Rafizi pondan, sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang. Wajar? apa maksud PKR tentang istilah 'wajar' tu? Undang-undang mana yang PKR pakai ni? Dan...tahukah mereka (pembangkang) akan makna wajar tu?
Dalam satu kenyataan, Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli@pondan, yang juga naib Presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran tersebut. Mengikut pembangkang, Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan. Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh. Biro politiknya memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga Anwar dengan alasan beliau berdepan "ketidakadilan ketara" dalam kes liwatnya. Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, kata Rafizi. Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Anwar seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diuar-uarkan.
Bagi IBM, itulah satu kenyataan yang paling-paling bodoh dan tidak berotak dari si Rafizi pondan yang terang-terang di perbodoh dan diperhambakan oleh Anwar al-jub dan sekeluarga. Disini jelas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan segala tipu-helahnya yang mana beliau telah memohon dua permohonan untuk membebaskan diri beliau Permohonan pertama, pengampunan kes liwat II beliau dan kedua permohonan untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat yang mana kononnya beliau masih lagi seorang ahli Parlimen Permatang Pauh. Lihat, betapa liciknya si peliwat ini. IBM tak dapat bayangkan betapa aibnya kerajaan sekiranyqa kedua-dua permohonan tersebut di luluskan serentak.
Tapi, jika anggota Majlis Pengampunan Wilayah Persekutuan meluluskan permohonan pengampunan tersebut, bermakna permohonan kedua Anwar untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat secara automatik lulus dan tak perlulah memohon. Betul tak? Dalam hal ini, kenapa kita yang mesti tunduk kepada kehendak Anwar dan pakatan haramnya? Teruskan hukuman, jangan dilayan. Bagi IBM episod Anwar al-jub sudah berakhir. Tutup buku dan kekalkan hukuman., tolak rayuan pengampunan. Itu yang muktamat! Wassalam ~ IBM