Thursday, February 26, 2015

PRK DUN CEMPAKA : SAH! UMNO TIDAK BERTANDING!

KHAMIS, 26 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

TAK KISAH apa pun orang dan pembangkang nak kata.  Tak telo ke penakut ke itu hak UMNO untuk tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. Itu berita yang soheh yang IBM dapat. Mengikut kata Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu. UMNO tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah. Itu kenyataan dan mesej beliau  di dalam Twitternya hari ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac. Imbasan kembali pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, bekas Menteri Besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi. 

Sementara itu, sumber melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata keputusan serupa pernah dibuat BN pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014, Jadi, tidak bertanding bukan erti UMNO/BN takut, tapi untuk perpaduan umah dan pembaziran wang tidak berlaku. Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibunegara malam ini, Najib berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO  Kelantan dan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa sebelum membuat keputusan berkenaan. Dalam pada masa yang sama, DS Najib menyentuh mengenai kedudukan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DS Najib berkata UMNO akan menunggu keputusan SPR berikutan permohonan petisyen pengampunan Diraja oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat sebarang keputusan. 

Tahniah kepada UMNO/BN kerana mempunyai sikap yang terbuka, kerana bukannya jatuh kerajaan BN jika tidak bertanding di DUN Cempaka. IBM yakin rakyat akan membuka mata dengan tindakan UMNO/BN tersebut. Rakyat faham dan rakyat sudah muak dengan kerenah-kerenah dari parti politik yang berkepentingan dan memecah-belahkan rakyat amnya. Apa yang penting sekarang, UMNO/BN tumpukan perhatian penuh kepada PRK Parlimen Permatang Pauh. Selamat berjuang kepada semua, kerana 'perjuangan kita masih belum selesai'. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...