SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
UNTUK berundur kembali dan mengaku silap memilih PAS bukanlah langkah bijak bagi seorang aktivis yang juga bekas pelakun, apatah lagi kini sudah bergelar 'Ustazah' segera. Hendak tak hendak terpaksa telan segala kepahitan semasa didalam PAS. Kini, ustazah Abby sudah mula nampak keretakkan didalam PAS. Ianya begitu ketara sekali. Jesteru, Abby menyeru golongan Ulama dalam PAS diminta tidak menyisihkan golongan profesional, begitu juga golongan profesional diharap jangan berasa pelik berada disisi golongan ulama, kerana masing-masing amat memerlukan untuk meneruskan perjuangannya.Itu pandangan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditanya berhubung dakwaan pergolakan yang berlaku antara dua kelompok itu, menjelang pemilihan PAS Jun ini. Mengikut Abby, beliau merasa perkara itu patut dipulihkan. Dalam konteks ini katanya, Tuan Guru Haji Hadi memainkan peranan paling besar sebab beliau adalah sebagai Presiden kan, tetapibeliau melihat permasalahan ini, kalau boleh diterima pakai apa yang beliau sebut itu.
Ustazah Abby berharap sangat-sangat golongan ulama tidak menyisihkan golongan professional dan begitu juga golongan professional tidak berasa pelik untuk bersama dengan golongan ulama, katanya kepada pemberita ketika ditemui tadi pada Majlis Bicara Harakah bertajuk 'Perginya Seorang Murabbi, Terhentikan Perjuangannya?. Abby yang dahulunya pelakon dan penyanyi popular tanah air berkata pergolakan antara dua kelompok ini makin parah apabila wujud sikap label-melabel antara satu sama lain. Tetapi apa yang saya nampak sekarang ini ialah benda itu ketara sangat, yang golongan ulama dengan golongan ulama, sementara yang profesional dengan golongan profesional, nampak berlaku isu-isu yang sepatutnya tidak berlaku. Ada yang melabelkan orang itu begini, sementara ada yang lain pula melabelkan orang itu begini, Bagi Abby, beliau rasa perkara itu sepatutnya tidak berlaku,
Pada hemat bodoh beliau yang masih 'berhingus' dalam politik, perjuangan ini memerlukan perjuangan daripada banyak pihak, maksud beliau PAS perlukan ulama, profesional dan orang-orang biasa macam beliau ini juga untuk diperkukuhkan lagi, katanya. Menurutnya, semua pihak harus kembali muhasabah diri dan tidak hanya memikirkan perihal untuk merebut jawatan dalam parti. Katanya, dalam PAS, bukan hanya golongan ulama atau golongan profesional sahaja yang penting tetapi ahli biasa juga turut memainkan peranannya yang tersendiri. Kita ini ibarat macam sebuah bangunan, ada yang jadi atap, ada yang jadi tangga, jadi masing-masing ada peranan, jadi jangan menidakkan peranan orang lain, jangan kita fikir kita sahaja betul, maknanya kalau kita tidak sependapat dengan siapa pun, kita raikan dengan cara Rasulullah. Maknanya bukan dengan cara maki, bukan dengan hina, sebabnya beliau (Abby) melihat musuh PAS yang sebenar bukan itu, katanya lagi.
PAS kini berbalah sesama sendiri secara terbuka tanpa memikirkan musuh politiknya yang sebenar sedang bersuka ria dengan perkembangan itu, ujar Abby. Justeru Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan menggesa agar segera ditamatkan perbalahan dalam jemaah itu dan kelompok yang terlibat kembali mengusahakan agar dirapatkan saf-safnya agar terus utuh mendepani arena politik tanah air. Semua ahli-ahli PAS berada dalam satu jemaah, kalau boleh, panduan atau apa sahaja yang diucapkan biarkan selari, tetapi manusia memang macam itu, dalam keluarga pun ada perbalahan, ada benda yang tidak dipersetujui. Memang ada perbezaan pendapat tetapi orang-orang PAS perlu raikan cara Rasulullah, kita ni bila cakap perjuangkan Islam, jadi kita perlu ikat diri kita dengan akhlak Islam, katanya lagi. Kesimpulanya, adakah segala apa yang disuarakan oleh Ustazah segera, Abby itu boleh diterima oleh para ulama dan golongan Profesional dalam PAS? Dan, adakah Abby sudah merasakan bahang 'kehancuran' sedang melanda didalam PAS?
Kerana, Abby ketika mengistiharkan dirinya 'masuk PAS', dalam ucapan sulungnya beliau begitu menyanjung perjuangan PAS serta berkata PAS lah satu-satunya parti yang menyatukan umat dan parti yang memperjuangakan Islam, tidak seperti UMNO yang menolak Islam dan megamalkan rasuah. Abby juga membuat kenyataan, mengutuk bekas-bekas rakan-rakan artisnya, mengelar mereka sebagai artis yang sesat dan segala pendapatan (gaji) mereka adalah haram, tidak halal. Reaksi dan tuduhan dari Abby tersebut mengundangkan kemarahan dari rakan-rakan artis lamanya seperti Awie dan beberapa orang artis lain dan mencabar beliau (Abby) untuk berdebat. Tapi, biasalah, Abby tu perempuan, mana ada telo, betul tak? Abby terus melalak dan meroyan di dalam ceramahnya bersama PAS, 'Parti Ajaran Sesat'.
Apapun, biarlah Abby degan rintihan hatinya terhadap parti yang beliau cintai, PAS yang mana menjanjikan beliau masuk syurga tanpa disoal-siasat diakhirat nanti. Itu yang Abby kata dahulu. Kepada Abby, teruskan perjuangan mu bersama PAS, moga kamu tidak disesatkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang sedang bergolak. Samada kamu di kem PAS atau PasMa, itu hak kamu. Tapi, kalau rasa dah terlajak dan ingin kembali kepangkal jalan, masih belum terlambat, masih ada ruang untuk undur kebelakang, demi untuk kebaikan. Wassalam ~ IBM
ibm~Admin,
ReplyDeleteTQ.
Harap Puan Abby boleh buat keputusan sendiri...rasa nak ikut Parti yang baik dan myokong agama Islam...silakan. Di Malaysia dah terbukti parti PAS lah yg ada cukup pengalaman.
ReplyDeleteApa sangat yang dok bising bising pasal golongan profesional. Depa depa ni sibuk dgn cara depa sendiri. Depa berpolitik bukan nya nak melapah lapar..tak ada pun depa depa yg betui betui profesional ni dok bising....yang dok ada sekerat dua tu....lah yg melalak tak tentu pasal.
Buat apa dok menyibuk...kalau dah profesional gunakan kelebihan yg ada tuu..sia sia dan bila tak di pilih...cepat nya melatah.
Ini bukan nya sikap dan cara seorang profesional....mereka mereka ni sebenarnya bijak buat keputusan dan sebetulnya tidak berperangai begini.
Masih ramai yang profesional yang hebat hebat dan ikhlas masih menyokong Parti PAS.
Bukan seperti mereka yang ada sedikit profesionalnya sandarkan diri
berusaha keras hidup utk berpolitik...cari peluang utk jawatan,jadi terkenal,isi poket tambahkan wang ringgit.
PAS hanya untuk mereka mereka yang ikhlas berkorban dan berani berjuang untuk agama ALLAH SWT