Saturday, February 7, 2015

DALAM BAIK DIKENANYA JUGA KERAJAAN. DASAR PEMBANGKANG HARAM JADAH. PUIIII!

SABTU, 07 FEBRUARI 2015
DALAM baiknya tu, dikenanya juga kerajaan. Mula-mula cantik bahasa dan cadangan yang di kemukan oleh si nenek kebayan, Ambiga yang merupakan penaung gabungan NGO NEGARA KU. Merayu kepada semua pemimpin-pemimpin politik berhenti bertelagah dan menumpu kepada isu yang lebih utama dari politik. Cantik le tu. Belia mahu pemimpin kerajaan, pembangkang dan masyarakat sivil mengenepikan perbezaan mereka dan menumpukan kepada 4 isu utama yang sedang di hadapi oleh negara iaitu : 

        * Bencana banjir, pembukaan hutan berleluasa dan usaha baik pulih
  • Penyelesaian realistik ke atas kelemahan ekonomi
  • Ketegangan kaum dan agama
  • Penularan jangkitan denggi
Memang cantik le apa yang si Ambiga cadangkan tu. Tapi, apa yang IBM tak puas hati dan kurang yakin serta was-was dengan saranan si nenek kebayan ni, apabila mencadangkan 'Akta Hasutan' ditangguhkan (hapuskan), yang mana kononnya kebanyakan tuduhan ke atas perkara tersebut ada yang sedang berjalan. Maka, beliau minta kerajaan menangguhkannya demi usaha untuk mengukuhkan 'Akta Hasutan' tersebut. Dari seorang yang begitu ghairah, lantang menentang dasar-dasar kerajaan sehingga tertubuhnya   kumpulan 'bersih' yang menghura-harakan negara yang mana IBM itu sebagi satu langkah untuk mengulingkan negara. Maka, apabila si nenek kebayan ini seolah-olah kendur dan ingin melihat negara ini aman dan memperingati jasa dan bakti Perdana Menteri pertama, allahyaraham Tunku Abdul Rahman, bagi IBM itu satu peringatan yang suci bersih. Tapi, betul-betul bersih dan jujurkah hati si nenek kebayan ini? Itu yang membuat IBM rasa kurang percaya kerana dari seorang yang mencetuskan rusuhan dan mengajak rakyat ke jalanan menentang kerajaan, tiba-tiba jadi baik. 

Apa motif si Ambiga ini? Mungkinkah 'bersih' yang beliau ilhamkan dahulu tidak menjadi, kerajaan gagal di jatuhkan, kini Ambiga mengalih hala tuju untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang halus begini. Mungkin ada pembaca yang membaca kenyataan Ambiga di portal pro pembangkang mengggangap Ambiga sudah berubah dan benar-benar jujur untuk tujuan dan jalan kebaikan. Dari apa yang IBM difahamkan, tertubuhnya NEGARAKU,  panel-panel yang dilantik menuntut supaya siasatan dlakukan bagi meneliti punca krisis alam sekitar. Dengan itu, kata Ambiga boleh membangkitkan semula keyakinan rakyat ke atas cadangan berkenaan dan membolehkan kesemua pihak berkerjasama dengan lebih berkesan. Bercerita pasal kerjasama yang Ambiga suarakan ini, adakah selama ini pembangkang serta Ambiga memberi kerjasama segala apa yang kerajaan laksanakan demi untuk kesejahateraan rakyat dan negara? Korang carilah sendiri jawapan pada soalan IBM ini. 

Maka, IBM sebagai penulis blog, menyeru kepada pihak yang berwajib supaya berhati-hati dengan kumpulan NEGARAKU yang di ketuai oleh nenek ambiga ini, kerana ada 'udang disebalik batu' di atas penubahannya. IBM yakin, Ambiga dan ahli kumpulan ini ada motif yang tertentu. Bagi IBM, manusia seperti Ambiga dan kuncu-kuncunya perlu diberi perhatian dan dipantau setiap detik dan masa akan pergeraka mereka, apatah lagi orang kuat mereka, si Anwar al-jub akan di penjarakan pada hari Selasa ini, 10 Februari 2015. Adakah Ambiga, Pak Samad dan yang lain-lain akan berdiam diri? Fikir-fikirkan. Bagi IBM ambiga adalah pencetus dan pemusnah 'keharmonian' kaum di negara ini. Ingat 'Bersih' ingat Ambiga. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...