Friday, February 27, 2015

MULUT 'CELUPAR HUSAM IBARAT 'LONGKANG' YANG TERSUMBAT. AMAT-AMATLAH BUSUK!

JUMAAT, 27 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 

PERANGAI busuk hati, mulut busuk, fitnah dan menjadi sebati bagi pemimpin-pemimpin PAS. Tak berbohong, tak menfitnah sehari mereka akan meroyan dan terus meroyan. Ibarat kata, kalau makan tu tak akan kenyang. Mereka (pemimpin PAS) akan rasa kenyang apabila melepaskan fitnah setiap isu yang mereka bawa. Isu UMNO tidak meletakkan calon pada PRK DUN Cempaka menjadi satu isu atau fitnah dari pihak pembangkang, iaitu PAS. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa keputusan UMNO Barisan Nasional (BN) yang enggan meletakkan calon pada Pilihan Raya kecil (PRK) DUN Cempaka membayangkan parti itu menerima kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini. Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini. Selepas pemergian Tok Guru, UMNO-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau Islam dan bukan kebangsaan adalah benar. 

Alhamdulillah, katanya dalam satu kenyataan. Disini IBM nak memperbetulkan akan kata-kata Husam yang begitu 'celupar', busuk bak longkang. Bila masa UMNO menyatakan 'menerima' kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan bila masanya pula UMNO menyatakan tidak menerima kemimpinan Tok Guru? Presiden Parti, DS Najib Tun Razak hanya mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini. Itu sahaja.,Nampak sangat si Husam ini melepaskan geramnya dan menabur fitnah terhadap UMNO. Seperti yang kita tahu, PRK DUN Cempaka terpaksa diadakan selepas Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat. Husam yang juga ADUN Salor itu berkata, biarpun UMNO BN tidak meletakkan calon kali ini, Pakatan Rakyat akan tetap berkempen mendedahkan ketirisan pemerintahan kerajaan BN. Biar IBM ceritakan sedikit akan tingkah laku si Husam bodoh ini semasa beliau bertanding di PRU ke-13 yang lepas bertanding di Parlimen Putrajaya. IBM mengikuti bbeberapa siri ceramah si Husam  yang mana ceramah beliau hambar, penuh dengan penipuan, janji-janji kosong. 

Sambutan dari para-pengundi pun hambar, dan disitu IBM dapat lihat, pengundi-pengundi di Putrajaya menolak mentah-mentah si Husam banggang untuk menjadi wakil rakyat mereka. IBM kesian tengok Husam semasa berkempen. Berucap bertemankan kerusi--kerusi yang hampir kosong, beliau masih lagi berbohong, berjanji itu dan ini. Itulah sikap pemimpin PAS yang terlalu 'desprado' untuk menang. Akhirnya Husam tewas di Putrajaya. Satu lagi pembohongan yang besar dibuat oleh Husam ialah apabila mengistiharkan bahawa negeri Kelantan telah menjumpai 'minyak' dan kerajaan Kelantan akan menguruskan sendiri (rujuk kepada gambar yang dipaparkan). Apa sudah jadi dengan isu minyak tersebut? Kalau nak berbohong tu, berpada-padalah. Jangan perbodohkan rakyat. Tak takut dosa ke? Apapun, kita biarkan pemimpin PAS yang 'rakus' ini meneruskan pembohongan dan fitnahnya. 


Mudaha-mudahan tuhan akan menyedarkannya. Rugilah pemimpin-pemimpin kalau tak 'masuk syurga' seperti yang pemimpin-pemimpin PAS laungkan, sokong PAS (jadi ahli) masuk syurga, sokong UMNO/BN masuk neraka. Wow! dahsyatnya. Sebelum tutup, sebagai peringatan buat semua para pembaca, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan. Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 10 Mac. Kemelut PAS dan PasMa ni, agak-agak korang Husam terlibat tak? Hehehehe..saja tanya. Selamat maju jaya kepada PAS. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...