Thursday, February 5, 2015

JELAJAH ANWAR JELAJAH SIA-SIA. IANYA SEMAKIN LESU!

KHAMIS, 05 FEBRUARI 2015
MAAF le ye tuan-tuan/puan-puan yang dihormati sekalian kerana tak habis-habis IBM menulis pasal si Anwar al-jub ni. Bagi IBM, selagi si peliwat ni tidak di penjarakan, IBM akan terus menulis dan menulis akan al-kisah si peliwat dan pengkhianat no 1 negara. Bercerita tentang jelajah 'Rakyat Hakim Negara' yang dilihat sebagai bahan 'kempen' Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negara, IBM beranggapan bahawa ianya satu kerja yang sia-sia. Kempen Anwar itu diberitakan hambar, tidak mendapat sambutan dari rakyat. Kerana apa? Pertama, rakyat sudah muak, jelak dengan pembohongan Anwar dan ianya sekadar menjelaskan mengenai sabitan kes Liwat II nya. Itu sahaja. Kempen itu juga IBM lihat seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh didakwa di Mahkamah. Siapa Anwar yang tidak boleh didakwa sekiranya buat salah? Apa yang istimewanya Anwar ini? Pada dia (Anwar), dia tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika Si peliwat ni sentuh dan didakwa ianya satu 'konspirasi' dan pendakwaan terpilih. Itu tangkapan Anwar dan pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain. 

Bagi IBM, dari dahulu lagi, dia (Anwar) mencanangkan propaganda ini. Anwar akan tuduh orang lain semua zalim, tapi dia seorang sahaja yang baik. Baik kepala otak dia. Untuk itu, IBM mengharapkan agar masyarakat negara ini tidak terpengaruh dengan kempen Anwar yang digerakkan dengan slogan "Rakyat Hakim Negara". Jadi, berwaspadalah semua dengan tindakan dari pihak yang "mencabar kehakiman dan pihak keselamatan". Jika perilaku dari masyarakat yang menyokong si peliwat ini berlaku sebaliknya, ia menunjukkan betapa 'ekstremis' dan ganasnya mereka yang di bela oleh Anwar, sekali gus ianya sebagai satu penghinaan kepada Mahkamah. 

Kita mesti faham, ini soal perundangan, bukan politik. Anwar dan sekutunya yang ambil bahagian dalam menyampaikan ucapan yang berunsur, fitnah boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah. Apa hukumnya bila menghina Mahkamah? Korang fikirlah sendiri. IBM setakat ini memang berdebar-debar menanti pengumanan Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa depan, 10 Ferbuari 2015, tahun 'keramat' bagi Anwar al-jub samada beliau akan bercuti panjang ke Penjara Sungai Buloh. Tungguuuuuu! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...