Monday, February 16, 2015

PINCANGKAH PAKATAN PEMBANGKANG TANPA ANWAR, KARPAL SINGH & NIK AZIZ??

ISNIN, 16 FEBRUARI 2015


Salam, salam sejahtera dan salam perpaduan untuk semua.
AGAK reda buat seketika kemelut 'Politik' di tanah air kita buat masa ini setelah kes liwat II Anwar Ibrahim selesai dan beliau telah pun di humban ke penjara Sungai Buloh. Tapi, itu tidak bermakna Pakatan akan berdiam diri. Dari segi kekuatan  luaran Pembangkang memang kita dapat lihaPKR, DAP dan PAS semakin berkurang pemimpin utamanya. Ini kerana Ketua Pembangkang mereka yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kini disumbat di 'sumbat' dalam Penjara Sg. Buloh, Selangor selama lima tahun. Pembangkang dilihat seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Selepas bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada April 2014, pakatan pembangkang kehilangan seorang lagi pemimpin utama apabila bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidur Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada Khamis lalu. Anwar dianggap pemimpin yang boleh diharap agar dapat menyatukan PAS dan DAP – dua parti yang ideologi perjuangannya berbeza di bawah satu pakatan pembangkang. 

Inilah keupayaan Anwar dalam pakatan yang bukan saja menguntungkan pakatan, malah turut menguntungkan politik beliau sendiri. Tapi kini Anwar tidak lagi dapat bersama dengan pemimpin pakatan seperti yang dikecapinya selepas keluar penjara 11 tahun lalu. Anwar sudah kembali ke dalam penjara kerana sabit kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kehilangan Karpal tahun lalu, dilihat peluang untuk Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi hingga sekarang masih mendapat halangan daripada pemimpin DAP sedia ada. Ketiadaan Nik Aziz juga menguatkan lagi tanggapan PAS tidak dapat bertahan lama lagi dalam pakatan kerana sebelum ini pun Allahyarham yang banyak menyokong PAS terus berada dalam gabungan itu. Sememangnya daripada awal sudah dijangka PAS dan DAP ibarat ‘air dengan minyak’. Cuma kehadiran Anwar juga turut mainkan peranan menyekat kedua-duanya terpisah, tapi sekarang suasana ke arah perpisahan sudah terbuka. Hubungan yang terjalin selama lapan tahun itu kini semakin longgar – retak menunggu belah. 

Bukan rahsia bahawa kedua-dua parti itu ‘bergaduh besar’ ekoran percanggahan pendapat. Presiden PAS Abdul Hadi Awang tetap bertegas dengan pendiriannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan namun pada masa sama membantah hasrat DAP untuk memperkenalkan semula pilihan raya PBT di Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng tetap tidak mahu berganjak dengan cadangan mengadakan pilihan raya PBT. Semasa belum dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan kes Liwat II pun Anwar masih gagal menyelesaikan pertelingkahan serius itu, jadi apakah Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Timbalannya, Azmin Ali – yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pembangkang – mampu menyelesai, atau paling kurang meredakan pertelingkahan Pas dan DAP ini? Veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengakui bahawa pakatan pembangkang menghadapi kemelut dalaman menggesa ahli ketiga-tiga parti komponen itu supaya mengetepikan perbezaan pendapat bagi mempertahankan hubungan lapan tahun yang terbina antara mereka. Dahulu pakatan pembangkang dapat bertahan kerana faktor Anwar. 

Kini mampukah semangat setiakawan itu dapat dipertahankan? Mahukah PAS mengikut kata-kata PKR lagi supaya membina pakatan yang lebih kukuh untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang setelah beberapa kali hasrat mereka dipatahkan baik oleh PKR mahupun DAP. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan kerjasama antara Pas dalam pakatan itu akan tetap diteruskan dan kukuh walaupun Anwar masuk penjara. Alasan yang diberikan Mustafa ialah semasa Barisan Alternatif ditubuhkan, Anwar pada ketika itu berada di dalam penjara dan sebarang mesyuarat dipengerusikan oleh Wan Azizah. Di samping itu, harapan sokongan 52 peratus pengundi menguatkan realiti yang Pas tidak boleh bersendirian, sebaliknya mesti mewujudkan gabungan untuk menubuhkan kerajaan. Oleh itu pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak perlu terlalu yakin dengan ketiadaan Anwar – pakatan pembangkang akan musnah. Setiap kali apabila timbul salah faham dan kelihatan bibit-bibit perpecahan, pemimpin utama Pakatan dilihat memikirkan gambaran yang lebih besar dalam konteks kebersamaan perjuangan mereka untuk menumbangkan BN daripada menumpukan perkara kecil. 

Mereka boleh bekerjasama semata-mata kerana hendak menang dalam pilihan raya umum. Pakatan pembangkang diyakini akan meninggalkan perbezaan pendapat apabila kuasa sudah berada dalam tangan. PAS akan melakukan justifikasi. DAP bakal menyerlahkan konsep Malaysian Malaysia-nya secara halus dan PKR bakal menuntut pelaksanaan faham liberalisme dan pluralisme dalam sistem pemerintahan. Meskipun dengan begitu banyak isu perbalahan wujud antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang, tetapi kewujudan secara bersama masih kekal hingga sekarang. Biarpun nama gabungan parti berbeza-beza, tujuan parti mereka adalah sama untuk menjatuhkan kerajaan BN. Harapan itulah yang menyatukan PAS, DAP dan PKR, malah itulah kunci masa depan pakatan. Persoalannya, dengan pelbagai isu melanda pemimpin pakatan, rakyat masih juga menaruh kepercayaan kepada pembangkang. Kenapa? Pemimpin BN tentu tahu sebabnya. 

Dalam beberapa parti komponen BN masih belum selesai krisis merebut jawatan utama. Kini MIC sedang dilanda krisis kepimpinan, UMNO dan MCA pun tidak kurang hadapi masalah bersama. Dari semasa ke semasa sehingga pilihan raya umum ke-14, berkemungkinan akan timbul masalah lain dalam parti komponen BN. Walaupun wujud masalah dalaman parti pakatan pembangkang, namun serangan pelbagai cara terus dilakukan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mencetuskan sensiviti kaum serta agama. Banyak pemimpin pembangkang tanpa henti membuat kenyataan menyakitkan hati, sedangkan pemimpin BN takut dan bimbang ia boleh mencetuskan huru-hara. Sehingga ke hari ini, jentera BN dilihat masih gagal menangkis fitnah dan menjawab segala tuduhan pembangkang terutama yang disebar menerusi media sosial. 

Tanpa Anwar yang dipenjarakan, pemergian Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz,adakah pembangkang dilihat seolah-olah 'pincang'? Namun,apa yang kita dapat lihat pakatan pembangkang akan terus ‘menghambat’ kerajaan. Kerana BN belum menemui formula berkesan untuk menghapuskannya. Tapi, insyallah, dengan berkat kerjasama yang gitu, kuat, kukuh dan semangat setia kawan di dalam Barisan Nasional (BN), kerajjan akan dapat menangkis segala serangan, tomahan dari pembangkang yang begitu ghairah untuk memerintah negara. Dan, ditambah pula dengan keyakinan rakyat terhadap BN semakin bertambah, BN akan kekal dan akan terus menerajui negara. Insyallah. Aminnn! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...