Monday, February 9, 2015

APABILA HADI TIDAK BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN DI DALAM SIDANG AKHBAR SEMALAM. ITU SATU TAMPARAN HEBAT BUAT PAKATAN HARAM!

ISNIN, 09 FEBRUARI 2015
SEMALAM berlangsungnya mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang menjadi tumpuan pemberita dan penulis-penulis blog dan difahamkan juga ada seorang-dua pemerhati dan penganalisis politik. Seperti diduga, memang tidak ada sepakatan di antasa PAS & DAP didalam mesyuarat tersebut. Terdapat perbezaan pendapat diantara PAS dan DAP tentang isu pelakasanaan 'hukum hudud' dan juga pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). Nampak sahaja pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu duduk semeja, tapi dapat dilihat dari raut wajah mereka memang tidak ada sepakatan langsung. Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS semalam, Ahad yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga 3:15 petang itu berlangsung dalam suasana panas berikutan pendirian berbeza antara Presiden PAS, Hj Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin kanan DAP. IBM difahamkan Hj Hadi tetap tegas dengan pendiriannya mahu melaksanakan 'hudud' di Kelantan namaun pada masa yang sama membantah hasrat DAP untuk memperkenalkan semula pilihan raya PBT di Pulau Pianang. 

Malah, mengikut kata sumber, ahli Parlimen Matang itu terus beredar tanpa menyertai pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Pembangkang yang lain termasuk 'Punahsihat' Parti Kelentung Rakyat' (PKR) , Anwar al-jub dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.  Pemimpin-pemimpin-pemimpin pakatan lai yang hadir, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organasasi DAP, Anthony Loke, Pressiden PKR, nenek kipas Wan Azizah dan Timbalan PKR, Azmin Ali. Menjadi tanda-tanya dikalangan yang hadir, termasuklah pemberita yang 'penyebuk', penulis-penulis blog dan penganalisis pilitik di atas sikap Hj Hadi itu seolah-olah menggambarkan 'konflik' yang melanda PAS dan DAP yang saling membantah dalam isu hudud dan pilihan raya PBT masih belum reda. Tapi, hakikatnya memang betul. PAS dan DAP tidak sepakat. 

Maka, ekoran dari itu, bertubi-tubi lah soalan yang diajukan kepada si peliwat, Anwar al-jub kenapa perkara itu boleh berlaku. Seperti biasa, Anwar al-jub menjawab 'no komen' dan ada beberapa perkara yang Anwar jelaskan, tapi itu tidak cukup memuaskan. Beliau (Anwar) sempat berkata kepada pemberita-pemberita, Hj Hadi 'kirim salam'. Itu sahaja, sambil tersenyum dan munngkin senyum itu senyuman yang terakhir, kerana esok Anwar akan berhijrah ke Penjara Sungai Buloh. Kesimpulannya, kemelut dalam Pakatan Rakyat diantara PAS & DAP sudah sampai ke tahap maksimum yang akhirnya mereka akan 'bercerai' talak tiga.  Tak percaya? Tungguuuu! Wassalam ~IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...