Wednesday, February 4, 2015

KES LIWAT II : ANWAR AL-JUB 'OPTIMISTIK' AKAN BERJAYA, TAPI PERTIKAI KEWIBAWAAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN? ..KAN GILA NAMANYA TU!

SEMAKIN dekat detik 10 Feb 2015, semakin menjadi sawan si Anwar al-jub ni. Cakapnya pun dah merapu seperti orang kurang siuman. Memang kalau di perhatikan betul-betul, memang Anwar sudah jadi gila. Gila kerana beliau tahu akan disumbat ke penjara Sungai Buloh pada 10 Februari ini. Tapi, walaupun beliau merasa tertekan, Anwar masih 'menaruh harapan' dan begitu 'optimistik' yang beliau akan berjaya dan dibebaskan di dalam kes liwat II nya itu. Dalam masa yang sama, semasa ditemu ramah oleh Kelab Wartawan Asing Malaysia, beliau dengan bongkaknya berkata, sekiranya beliau di dapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun, kerajaan akan menanggung kemarahan rakyat seperti apa yang berlaku pada beliau pada kes liwat yang pertama dahulu. Amboi sedap betui mulut si Nuar bercakap ye. Dan, sekiranya Anwar di penjara, sokongan rakyat kepada pembangkang akan bertambah. Itu kata si peliwat tegar ini. 

Berbalik kepada pertikaian Anwar akan kewibawaan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan di dalam kes liwat beliau, IBM dapat rasakan bahawa Anwar sedang mencari jalan bagi mendapat simpati dari 5 orang panel Hakim yang akan membuat keputusan samada beliau bersalah atau tidak pada 10 Februari ini. Siapa tak kenal Anwar yang juga di gelar 'sesumpah' di kalangan pemerhati politik, blogger-blogger dan ramai lagi. Kenapa beliau (Anwar) di gelar sesumpah? IBM rasa tak payahlah IBM nak huraikan pasal sesumpah ini dengan lebih detail. IBM rasa, korang lebih arif tentang itu. Satu lagi perkara buruk yang dimiliki oleh Anwar yang kita semua tahu, apabila beliau didapati bersalah, beliau akan melalak di seluruh pelusuk negeri memberi tahu kononnya beliau dianiaya oleh musuh politiknya. Musuh-musuh politiknya ingin melihat beliau di penjara sekali gus 'bunuh' terus krier politiknya. Alahai Nuar, itu cerita lapuk. Kamu ingat kamu tu baik sangat ke. Puiii!

Bagaimana pula setiap fitnah yang kamu tabur dan mengheret rakyat ke jalanan bagi membela manusia 'iblis' seperti kamu yang terang-terang pengkhianat negara. Itu kamu tak ambil kira ke? Jadi, berbalik kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang Anwar pertikaikan kewibawaan Hakim-hakim yang dilantik, adakah Anwar melihat itu sebahagian daripada 'konspirasi' politik oleh pemimpin kerajaan yang menggunakan pentas Mahkamah untuk membunuh terus krier politik Anwar? Dan...bagaimana pun dengan sebahagian kes yang Anwar menang saman fitnah. Anwar saman si anu, Mahkamah putuskan Anwar menang. Anwar saman Utusan Malaysia, Anwar menang. Itu 'konspirasi' ke Nuar oii? Biar IBM jelaskan disini kerana ada yang bertanya kepada IBM baru-baru ini, kenapa IBM suka sangat menulis dan mendedahkan keburukan Anwar  di blog IBM? Jawapan IBM mudah. Anwar adalah pengkhinat bangsa, tanah air dan agama. Jadi, IBM beranggapan, orang seperti Anwar ini selagi hayat masih ada, beliau akan jadi pencacai, melalak sana-sini dan akan Anwar akan gunakan pengarugh asing bagi menekan kerajaan yang ada sekarang. 

Kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) kejam dan berbagai-bagai tomahan demi untuk tujuan politik 'songsang' yang diamalnya. Syukur Alhamdulillah, Allah itu maha kaya, maha mengetahui. Tuhan tahu sekiranya Anwar diberi peluang menerajui negara, maka, berpecah-belah rakyat negara ini dan akan terjadi 'perselisihan antara kaum'. Itu yang Anwar dan pakatan mahu. Sekarang pun sudah nampak mainan kotor Anwar sedikit sebanyak sudah berjalan. Jarumnya sudah menjadi. Untuk itu, mari kita semua menadah tangan agar Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar menang di dalam kes liwat II ini. Dan, selepas ini, tiada lagi jari-jari IBM menaip dan mencari bahan untuk  IBM paparkan akan kesah si Al-jub ini di blog IBM. Banyak lagi cerita atau isu-isu semasa yang boleh kita kongsikan bersama. Akhir kalam, kalau Anwar begitu 'optimis' akan menang, itu menandakan Anwar akan merengkok di dalam penjara untuk lima tahun ini dan akan amanlah negara kita ini. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...