Tuesday, February 3, 2015

EDITOR PORTAL PENFITNAH NO 1 NEGARA, MKINI AKAN DIPANGGIL POLIS. MASAK KO!!!

SELASA, 03 FEBRUARI 2015
BAYANGKAN sekiranya 'akta hasutan' dihapuskan. apa akan jadi negara kita ini? IBM yakin dan berani 'potong jari' puak-puak haram jadah ni, portal pro pembangkang ini akan terus jadi penfitnah, melaga-lagakan sehingga membuat negara kan jadi huru-hara. Kerja-kerja kotor ini sudah menjadi 'asam garam' mereka yang mewakili parti pembangkang. Terkini yang  kita semua nampak, portal malaysiakini menjadi-jadi menghasut, menfitnah. Berita terkini yang membuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berang dan naik angin apabila malaysiakini didakwa cuba melaga-lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau (Tan Seri Khalid) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan malaysiakini hari ini bahawa beberapa pegawai polis mengejek tindakan Zahid menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 'raja judi' Paul Phua Wei Seng. Katanya, beliau akan  memanggil ketua editor malaysiakini (untuk disoal siasat). 

Bagi IBM, ini (artikel) satu perbuatan yang cuba 'melaga-lagakan' PDRM dan Menteri. Ini tak boleh dibiarkan. Kalau (perkara) ini terus dimainkan oleh malaysiakini, dia sengaja mengundang masalah. Jadi, janganlah nak melaga-lagakan PDRM dengan Menteri atau dengan sesiapa juga. Nak lapor perkara fakta, laporlah. Kalau ada pegawai polis (yang tak setuju) beritahu kepada beliau siapa mereka-mereka itu?. Siapa mereka yang cakap mengenai perkara ini? Sambil itu, beliau minta berhati-hati dalam melaporkan perkara seperti ini, katanya kepada pemberita di Putrajaya. Dalam pada itu, satu kajian yang IBM buat semalam, rata-rata pencacai-pencacai malaysiakini tidak beberapa berkenan dengan kenyataan yang dibuat oleh KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kenyataan Tan Sri Khalid, mengikut kata mereka, seolah-olah PDRM menyimpan si penjenayah, iaitu 'raja judi' dan melindungi Menteri yang ada berkepengingan. Bagi IBM, itu juga adalah satu hasutan dari penyokong dan pencacai malaysiakini. 

Malaysiakini (semalam)  melaporkan terdapat beberapa pegawai polis secara terbuka mengkritik Zahid yang menulis surat sokongan untuk Phua kepada FBI walaupun dia dikaitkan dengan sindiket judi haram. Apa buktinya? Mengikut cerita lama, Phua pernah disabitkan kesalahan jenayah di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri. Phua kini sedang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas, AS pada Julai lepas. Berikutan itu, Zahid menulis kepada FBI bahawa bahawa Phua tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K dan membantu Malaysia dalam urusan keselamatan negara. Apapun, kepada PDRM, teruskan buat siasatan. Pegang sahaja Editor malaysiakini tu, biar dia terkencing dalam seluar. Kalau betul ada unsur-unsur fitnah, saman dan heret ke Mahkamah. Jangan dibiarkan mereka (Mkini) bermaharajalela sebar fitnah dan melaga-lagakan orang. Negara aman tanpa portal penfitnah seperti malaysiakini ini. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...