BAGI Pembangkang, ditangkap, ditahan oleh pihak berkuasa sudah menjadi 'asam garam' dalam perjuangan politik mereka. Mereka tidak hairan bila ditangkap, ditahan oleh pihak yang berkuasa. Kerana apa? Kerana setiap kali mereka melakukankan kesalahan seperti 'berdemo' di jalanan dengan mengheret rakyat sekali, apabila ditangkap, disoal, mereka tahu mereka akan dilepaskan dengan jaminan dari pihak polis. Jadi, bilakah kes seperti ini akan berakhir? IBM bukan hendak menyalahkan kepada pihak berkuasa dalam hal ini, tapi,, ianya mesti di hentikan. Satu tanda nota mesti dilaksanakan agar segala 'provokasi' terhadap kerajaan harus dihentikan. IBM merujuk kepada kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis di rumahnya semalam , Ahad di Denai Alam. Ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad bahawa ADUN Seri Setia itu telah ditangkap kira-kira pukul 9.45 malam Ahad dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Beliau telah ditangkap kerana kesalahan yang sama seperti Adam Adli di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram. Mengikutkan sumber, pihak polis akan memulakan siasatan secepat mungkin dan tindakan susulan akan diambil selepas itu. Diberitakan Pemimpin PKR itu dibawa ke Dang Wangi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang. Nik Nazmi dan aktivis pelajar Adam Adli antara penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada hari Sabtu bagi perhimpunan terhadap sabitan liwat pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perhimpunan tersebut bermula pukul 4 petang luar Sogo dengan persembahan tarian singa dan seterusnya ucapan daripada Adam, Nik Nazmi dan anak perempuan Anwar, Nurul Nuha Anwar. Adam ditahan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa ketika perhimpunan itu berakhir pukul 5.15 petang. Pihak polis cuba menangkap Nik Nazmi di perhimpunan itu, namun tidak berjaya kerana turut bergelut dengan orang ramai yang membantunya untuk melepaskan diri.
Kesimpulannya sekarang, kenapa tidak sahaja barua-barua pembangkang tersebut tidak terus ditahan didalam lokap dan terus didakwa di Mahkamah? Kenapa ditahan sehari-dua lepas itu dibebaskan dengan jaminan polis.? Kalau bagitu bila ianya akan berakhir? Ramai dikalangan rakyat, pemerhati politik tertanya-tanya. Kenapa rang-undang-undang di negara kita ini sungguh 'simple' dan senang dipermainkan. Dan lagi ada yang merungut kenapa hukumannya begitu ringan sekali? Kepada pihak yang berwajib, fikir-fikirkan kerana percayalah, pembangkang akan terus membuat 'provokasi' kerana apabila ditangkap, ditahan, mereka akan dilepas juga akhirnya. Dengan erti kata lain, mereka (pembangkang) tidak gentar, tidak takut kerana hukuman yang mereka terima begitu ringan sekali. Kita tunggu perkembangan al-kisah si Nik Nazmi dan the gengs yang kini telah dibebaskan oleh pihak berkuasa dengan jamin polis. Tungguuuuu! Wassalam ~ IBM