Friday, February 27, 2015

ANWAR AL-JUB HARUS 'BERTAUBAT' SEBELUM DIAMPUN. BOLEH KE ANWAR?

JUMAAT, 27 FEB 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


ASSALAMU'ALAIKUM semua, salam hari Jumaat penghulu segala hari dan salam sejahtera juga salam 1 Malaysia. 

Al-kisah menyeru supaya Anwar Ibrahim harus 'bertaubat' kerana kerja liwatnya oleh beberapa tokoh ulama terkenal (tersohor) dan juga orang perseorangan termasuk jugalah orang politik telah lama kita dengar. Tapi, ianya langsung tidak berkesan dan menjadi 'kudis' bagi Anwar yang telah pun di penjarakan. Seruan tersebut pernah disuarakan oleh Mufti Perlis Dr Asri (tokoh Ulama tersohor) dan juga musuh ketat Anwar ketika itu, iaitu mendiang dan mantan Pengerusi DAPigs , Karpal Singh dengan lantang bersuara agar Anwar 'bertaubat'. "Anwar harus bertaubat', katanya. Sampai kini, masih ada suara-suara yang menyeru yang juga merupakan nasihat agar Anwar 'bertaubat'. Ianya datang dari seorang Menteri kanan di dalam kabinet (tak perlu sebutkan nama). Katanya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti bertaubat secukupnya sebelum layak diberi pengampunan bagi jenayah liwat oleh lembaga pengampunan, kata seorang menteri Umno.Ditanya pada sidang media sama ada Anwar perlu bertaubat sebelum beliau boleh diberi pengampunan, Menteri tersebut menjawab "ya!" 

Biasanya orang minta ampun selepas menjalani hukuman penjara selepas beberapa tahun. "Kelakuan baik dalam penjara sepatutnya menjadi alasan untuk kurangkan hukuman atau mohon ampun," katanya. Tegas Menteri tersebut, pengampunan juga biasanya dipohon selepas berkelakukan baik - dan bukan atas alasan mencari keadilan.Menteri tersebut yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata pemimpin pembangkang itu hanya "bermain politik". Tapi, Anwar, memohon pengampunan diraja semata-mata untuk mengelakkan dirinya dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang PauhHakikat bahawa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa anak-anaknya bersama-sama untuk memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Ismail berkata, adalah satu strategi untuk mendapat belas kasihan. Biasanya peguam yang pergi tetapi tidak, isteri bawa anak dan cucunya pula yang beria-ia pergi - ini strategi untuk tarik simpati, kata Menteri tersebut. 

Memang ada fakta yang jelas bagi Anwar menerima teguran tersebut kerana menafikannya dari mengelak keaiban didunia diatas perbuatan sendiri, didunia boleh lepas, tapi, tidak diakhirat. Yang mana pilihan Anwar, dunia atau akhirat? Sedangkan orang kafir seperti mendiang Karpal Singh (semasa jadi musuh dahulu) menyarankan agar Anwar harus bertaubat. Sekali lagi dihari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, IBM juga menyeru agar Anwar 'bertaubat'. Penjara tetap penjara kerana Mahkamah telah memutuskannya. Anwar tetap bersalah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...