ARTIKEL ini ditulis bukan untuk menuduh atau mencari salah, juga ingin mendapat simpati dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tapi sekadar meluahkan perasaan tidak puas hati dan ingin mendapat penjelasan dari JAIS cara mana mereka mentadbir serta melantik ahli jawatankuasa Masjid dan Surau di Selangor baik yang dah lama atau yang baharu dibuka. Kisah terbaru, apabila jawatankuasa sementara di bentuk di atas permintaan tuan punya Masjid, iaitu Sime Darby Development di Ara Damansara, dan kalau tidak salah nama-nama jawatankuasa (tak payah disenaraikan nama2 mereka disini) telah pun dihantar kepada JAIS untuk disahkan, dan telah pun diterima oleh JAIS. Jawatankuasa tersebut diberi hanya lima bulan sebagai jawatankuasa sementera atau 'care taker'. Selepas itu, pada Mei 2015, akan diadakan permilihan jawatankuasa kekal yang mana jawatankuasa tersebut akan dilantik dari kalangan ahli-ahli kariah yang tinggal di sekitar Ara Damansara yang mana persempadan ahli kariah tersebut telah di lulus diatas persetujuan Sime Darby dan JAIS.
Maka, sebelum Masjid Ara Damansara di buka kepada orang-orang awam (umat Islam) untuk kegunaan bersembahyang Jumaat dan aktiviti lain yang berkaitan dengan agama, sembahyang waktu dan sebagainya, jawatankuasa sementara telah mengadakan beberapa mesyuarat AJK bagi melicinkan perjalanan Masjid tersebut yang mana perlantikan Imam, Bilal dan Siak telah dibuat dan beberapa pemohon telah di temuduga bagi jawatan yang telah disebutkan tadi. Alhamdulillah dengan kepakaran yang ada pada jawatankuasa tersebut, terpilihlah mereka-mereka yang benar-benar layak bagi menjalankan tugas mereka masing-masing. Pada 30 Januari 2015 yang lepas, hari Jumaat atas persetujuan JAIS dan MBPJ telah meluluskan dan pada hari ini, sembahyang Jumaat yang pertama diadakan di Masjid tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang begitu mengalakan, melempah-ruah muslimat yang hadir untuk mengerjakan sembahyang Jumaat berjemaah di Masjid Ara Damansara yang dianggap begitu unik sekali. Sebelum sembahyang Jumaat bermula, sebelum khatib membaca kutubah, wakil daripada JAIS yang juga merupakan Khatib jemputan pada hari itu memberi sedikit maklumat dan serta mengalu-galukan kehadiran para jemaah yang hadir.
Pada masa itu juga, beliau menyebut nama-nama jawatankuasa yang kononnya telah di sah dan diterima oleh JAIS. Tapi, alangkah terkejutnya mereka-mereka (Jawatanakuasa atau Care taker) yang telah dilantik terlebih dahulu, nama-nama mereka tidak disebut dan hilang dari senarai jawatankuasa yang diumumkan pada hari itu, cuma Pengerusinya sahaja yang tinggal. (Maaf, beliau juga tidak mahu namanya disebut di sini) Maka, terdengarlah nama-nama yang tidak dikenali, yang mana ianya diwar-warkan sebagai jawatankuasa yang diiktiraf oleh JAIS. Apapun, sembahyang Jumaat diteruskan. Tiada bantahan dibuat semasa itu. Selang beberapa hari, IBM mendapat maklumat dari bekas Setiausaha Jawatankuasa yang lama yang 'ditendang' oleh JAIS bahawa penyingkiran nama-nama jawatankuasa yang terawal dibuat kerana kononnya mereka-mereka itu adalah dari kalangan orang UMNO. Itu alasan yang diberi oleh JAIS. Tak mengapa, memang telah diduga perkara ini akan berlaku. Tapi, persoalannya disini, adilkah JAIS membuat keputusan sebagitu rupa, seolah-olah mereka menggunakan kuasa 'VETO' dan kuasa ada ditangan mereka.
Kerana apa IBM berkata sedemekian? Setelah diselidik 18 senarai nama yang dilantik oleh JAIS merupakan orang-orang kuat dari parti PAS belaka, 'Parti Ajaran Sesat'. Maka, sudah jelas JAIS sudah dan sedang terlibat dalam 'kancah' politik. JAIS telah dikuasai oleh orang-orang PAS dan IBM yakin, bos-bos atasan JAIS adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin atau orang kuat PAS. Jadi, disini IBM nak tanya, dimanakah keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan oleh JAIS. IBM boleh biaratkan JAIS ini sebagai pak turut kepada PAS. Suara mereka tidak laku apabila digertak oleh PAS. JAIS tidak lagi mendengar perintah dan nasihat DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri Selangor. JAIS lebih mementingkan PAS dari segalanya. Sebelum itu, IBM diberitahu, penasihat JAIS yang juga merupakan orang kuat Istana, pernah memberi cadangan kepada JAIS agar untuk tidak mengecilkan hati mana-mana pihak, supaya digabungkan jawatankuasa yang pertama tadi dan jawatankuasa yang dihantar oleh parti PAS atau tunggu sampai ke bulan Mei. Tapi, malangnya cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh JAIS. Mereka terus mengiktiraf jawatankuasa yang baru. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, maka, jawatankuasa yang lama menarik diri, tapi tidak akan berdiam diri dan akan terus memantau perkembangan Masjid Ara kerana Masjid bukan milik JAIS dan bukan milik PAS. Itu rumah Allah, bukan pentas untuk berpolitik.
Disini, bukan jawatan dan pangkat yang di pertikaikan atau diburu, tapi, keikhlasan dan tanggungjawab yang diberi oleh Duli Tuanku Sultan Selangor tidak diguna pakai oleh JAIS yang mana pegawai-pegawai di dalam JAIS adalah dikalangan pengikut dan penyokong tegar PAS. Tidak habis disitu, kerana IBM dan rakan-rakan jawatankuasa yang lama terus meninjau akan perkembangan selanjutnya di Masjid Ara Damansara. Pada hari Jumaat yang lepas, 6 Februari 2015 buat kali keduanya sembahyang Jumaat berjemaah di Masjid tersebut, sudah mula menampakkan angin-angin politik sudah mula meresap di Masjid Ara Damansara, Masjid yang serba indah. Pertamanya, risalah politik sudah mula diedar atau di letakkan di perkarangan Masjid dan dipintu-pintu masuk Masjid. Keduanya, Khatib pada hari itu sebelum menutup bacaan khutubahnya, tidak mendoakan kesejahteraan Duli Tuanku Selangor dan Tengku Muda Selangor kerana seperti lazimnya, doa tersebut sudah di sediakan di dalam buku teks khutubah yang telah disediakan oleh JAIS. Tapi, Khatib tersebut tidak berbuat demekian. Ini bukan kerana dia lupa, tapi IBM dah memang kenal lamanya dengan Ustaz yang menjadi Khatib pada hari Jumaat itu. Itulah permainan ulama-ulama dari PAS yang terang-terang tidak menyukai Sultan.
IBM bukan hendak menghasut, tapi ianya realiti, cuma samada JAIS sedar atau tidak, Wallahw'aalam. IBM harap JAIS dapat mencari jawapan di dalm hal ini kerana seperti yang kita semua maklum, Duli Tuanku Selangor tidak mahu anasir-anasir dan agenda politik meresap di dalam Masjid dan Surau, juga tidak mahu MAIS dan JAIS terlibat dalam agenda dan kancah politik. Diharap teguran ini mendapat perhatian dan penjelasan dari JAIS dan besarlah kami sebagai kariah di Ara Damansara supaya isi 'sensitif' ini tidak berlarutan dan memudaratkan umat Islam amnya kerana PAS dilihat lebih cenderung 'berpolitik' dan menggunakan Masjid dan Surau bagi tujuan mereka 'berkempen'. Mereka membawa penceramah-penceramah agama, kononnya majlis ilmu, tapi, semua itu bohong. Mereka mengapi-mengapi dan menghentam kerajaan dengan fakta yang tak jelas dan dengan erti kata lain, mereka menabur fitnah. Akhir sekali, JAIS, tolong bangun dan jangan anggap tulisan ini sebagai perkara mudah, kerana tulisan ini juga akan di 'forward' (email) kepada pihak Istana. Wassalam ~ IBM