Monday, February 9, 2015

HARAM JADAH M'SIAKINI MEWAKILI 'THE NEW YORK TIMES' BUAT FITNAH LAGI KE ATAS PM. APA LAGI TUNGGU. SAMAN JE!!

ISNIN, 09 FEBRUARI
'Harta Pusaka Sumber kekayaaan Najib'. Itu tajuk utama portal pro pembangkang, haram jadah malaysiakini untuk memalukan dan mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur. Berita tersebut yang dipapar dan di siarkan oleh 'The New York Times' kini tersebar luas di Amerika Syarikat dan kononnya dilapurkan juga didalam versi "bahasa melayu". Apakah tujuan penyebaran berita tersebut dan apakah motifnya tidak diketahui. Adakah berita ini sengaja di hebahkan bersabit dengan keputusan kes liwat II Anwar al-jub yang akan diketahui esok. 10 Februari. Kalau betul, ianya seolah-olah didalangi oleh si peliwat yang mana beliau mengetahui nasib beliau akan ke Penjara Sungai Buloh Esok. Siapa tak kenal Anwar. Beliau berpengaruh di Amerika Syarikat. Macam-macam perkara yang kita tak duga akan beliau lakukan. Berbalik kepada portal haram jadah, malaysiakini, untuk tidak mengaburi mata orang ramai, berita yang mereka siarkan seolah-olah bukannya datang dari mereka. Mereka (M'siakini) sebagai ajen perantaran. Maka, ianya tidaklah nampak seperti satu fitnah dari malaysiakini. Ini satu perancangan  terperinci yang telah diatur untuk memalu dan mengaibkan Perdana Menteri sekali gus mencemarkan nama baik beliau. 

Bijak, memang bijak langkah pembangkang yang diketuai oleh Anwar untuk menjatuhkan DS Najib. Bayangkan setelah hampir untuk dipenjarakan, Anwar al-jub dengan portal-portal pro pembangkang masih mencari jalan untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri. Baca pembohongan oleh malaysiakini, KLIK disini. Baca jangan tak baca. Harap Datuk Seri Najib siasat secepat mungkin. Siasat dengan terperinci, cari siapa dalang disebalik penyebaran yang merupakan satu fitnah. Lepas itu, saman dan bawa ke Mahkamah dan pastikan portal sial ini (M'siakini) tutup dan gulung tikar. Sememangnya malaysiakini mencari pasal dan ingin membalas dendam terhadap DS Najib. Al-maklumlah masih ada tertunggak kes saman PM terhadap M'siakini. Itu yang buat mereka (M'siakini) panas buntut, berasap beb! Bagi IBM tuduhan ini amat-amat serius. Sudah mesti diambil tindakan yang lebih serius. M'siakini memang tak serik-serik menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan Menteri-Menteri BN. Oleh itu, ayuh DS, jangan gentar, rakyat akan bersama mu. Lawan tetap lawan. Kita ajar pembangkang biar sampai mereka menyembah bumi. Pantang anak melayu berundur sebelum berjuang. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...